Thursday, January 29, 2009

It's 'the time' of the year again.....

Permohonan Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam

Permohonan Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Ph.D Dan Sarjana Sesi 2010 Di Bawah Program Hadiah Latihan Persekutuan

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang layak untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di peringkat Ph.D dan Sarjana sesi 2010 di bawah program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Pelawaan ini tidak meliputi Kementerian/Jabatan/Agensi yang telah mempunyai peruntukan sendiri untuk mengendalikan kursus di peringkat Sarjana/Ph.D.
  2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui portal www.jpa.gov.my mulai 3 Februari 2009.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mac 2009 untuk Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan 20 Mac 2009 untuk Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama.
  4. Sila rujuk lampiran di bawah bagi maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon:-

    Calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.

  5. Pertanyaan mengenai program Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2010 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853433 atau e-mail di alamat faisal.anuar@jpa.gov.my
  6. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari portal www.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2010.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Huhu....takutnya..dah nak masuk 3 kali apply ni haa...hopefully ada rezeki, tahun depan sambung blajo...aminnnn.....aku tak bercita-cita pun nak mintak obersee..just give me local university, is more than enuff.....

3 comments:

Ms.Lilies said...

Aminnnnnn...moga ko dapat la kan mell

ohbukan said...

thanks mi...doakan aku..

shshekha said...

insyaAllah ada lah rezeki ko nnt mel...

-MaGiC-