Friday, April 21, 2017

Aku dan Kerja

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi Jumaat ni ada sedikit waktu untuk dicuri (ampunkan aku ya ALLAH sebab curi waktu keje) sementara nak tunggu meeting jam 10 pagi kang.

Bekerja kat hospital ni memang takde masa nak main-main, cabaran setiap hari, dengan masalah ekonomi, people, equipment, itu ini....kena hentam almost everyday...kena marah..kena maki...*Sigh..Buatkan aku banyak kali demotivated, really down dan diserang anxiety berkali-kali...pernah diserang panik attack masa pegi Low yatt (apa kaitan ngan keje)? huhu...walaupun berkerja di fasiliti perubatan, tapi aku bukan doktor, nurse atau penyedia perkhidmatan kesihatan yang direct dengan patient. Aku support internal clients yang seterusnya internal client tu berhubung direct dengan patient atau orang awam.

Bagi aku, internal client adalah lebih susah dikendalikan dari external client. Kenapa?

Bukan ke doktor yang kena maki dengan patient bila sistem down?
Bukan nurse ke kena marah bila pendaftaran klinik slow sebab komputer slow nak mati..?
Bukan MA kena carut dengan patient atau waris bila dorang terpaksa beratur dari awal pagi sampai lenguh kaki?
Yer..yer mmg betul..tapi..mereka tidak akan jumpa orang yang sama setiap hari. Aku akan ngadap orang yang sama setiap hari. Katakan dia maki aku 3 kali sehari, kalikan dengan sebulan...setahun...Lol...And it is sooooo not easy untuk pahamkan orang lain kerja-kerja IT ni.

Untuk orang macam aku yang bagi support, kena pastikan service up and running 24hrs. Talking about sistem hospital. Yes, it is critical....Dengan sistem yang dah lebih 10 tahun dengan peralatan PC yang sama umur dengan hospital, semua benda menyedihkan kat sini...seems so pathetic. Eh bebel plak...yelah, itu realiti yang aku kena hadap setiap hari...TAPI....yes, tapi apa? Apa yang aku buat untuk aku kurangkan rasa berat yang amat di atas batu gemala patik ini?

Aku ni, orang teknikal yang tak berjiwa teknikal. Aku minat art....so kalau orang tanya aku bab teknikal ni aku mmg out. Tapi, aku tak pernah jemu belajar walaupun susah untuk aku ingat atau apply. Bagi ajalah apa topik baru, ilmu baru, aku sangat2 berminat..sekurang2nya untuk knowledge sendiri jer.

Duduk dan kerja kat sini, aku start belajar macam2 benda teknikal which is good..kerja banyak, busy yang hamat..NO PROBLEM...tapi when it comes to people punya ATTITUDE, entahlah..menakutkan kerja kat sini...mengubah persepsi aku pada yang pakai white coat...Dealing with sooooooo many difficult user benar-benar mengajar aku, how to handle them, how to react to unnecessary stress, conduct issues, etc.
 
Ini just pengalaman peribadi aku...Melalui hari2 yang horror bila setiap hari pikir nak kerja kat sini. Sampai bila? Allahuakbar, yang mampu aku buat berdoa...kalau aku masih ditakdirkan untuk terus berada kat sini, maka tabahkanlah hati aku.

Permohonan tukar, DONE, selepas 3 kali usaha aku dalam tempoh dua tahun sua borang kat Ketua Jabatan..tapi status sekarang, menunggu dan menunggu, biasanya mana ada orang nak masuk keje sepital weii....February lepas marked my three years of service here, sedar tak sedar, dalam ups and downs (yang rasanya lagi banyak downs dari ups) semoga aku mengekalkan kewarasan aku... Peace! Dah...jom keje.