Friday, January 30, 2009

A long lost friend of mine...

Pernah tak tetiba jer teringat kawan-kawan lama yang dah lama tak contact? Baru-baru ni, masa berita keruntuhan tanah kat Bukit Antarabangsa....tetiba aku teringat sorang member aku, member masa kat university dulu...aku pun tak berapa ingat camna leh rapat ngan dia ni tapi kami taklah rapat giler..cuma bolehlah....Kalau tak silap aku, kami mula rapat since kami join aktiviti ko-kay (kokurikulum) yang sama...Nak tau tak kami masuk apa utk ko-kay dulu? Kor Mekanik, beb...aku minat tgk kereta ni...minat gak check2 engine....yang paling aku minat is baju overall mekanik tu, tapi yang tak bestnye masa batch kami join dapat baju seperate laks...alasan pentadbiran, bj overall tak sesuai utk perempuan..dalam Kor Mekanik tu cuma 4 orang perempuan, perempuan origina tau, takde yang tom boy pun...semuanya ayu2...tapi minat ganas sikit..heheheh

Berbalik kisah 'teman' ni.....namanya Nadia, aku panggil Nad..nama penuh dia special...Nadia Widyawati...(kalau search kat google mesti jumpa).
Dia ni minat seni, aku pun minat cumanya darjah malu + segan aku terlalu tinggi untuk aku join aktiviti seni masa kat U dulu...dia dulu satu-satunya pemain piano untuk U. Dia join satu group anak seni yang dinamakan Estetika (best kan nama group tu..) dulu, petang2 kalau aku takde date aku selalu gak ikut dia practice main piano kat bilik Estetika @ Pusat Kegiatan Pelajar

Nak dijadikan cerita, dalam dok teringat2 kat dia...dua hari lepas dia add aku kat facebook, wahh..macam tau2 jer aku mencarik dia. Then kami start berYM yesterday, dah banyak perkembangan, she's now lecturer philosophy and gamelan kat Ui*M, still single but not available (according to her lah)...korek2 gak cerita pasal future hubby dia....wahhhh....nak tau tak siapa? Pernah dengar atau tgk show music traditional tak? Pernah tau pasal kumpulan MOH*AM? Ahli kumpulan tu dua orang, dua2 lelaki, pemain seruling and pemain rebana..yang selalu buat show pakai kurta putih. Her future hubby tu is the one yang main rebana...Wahhhh...artist beb....Start next week kumpulan tu akan busy buat performance untuk Teater Musical Puteri Gunung Ledang, hebat kan?

Kalau ada rezeki dorang akan tie the knot this June..aku doakan dia bahagia sentiasa dan harap kami terus contact each other.

Thursday, January 29, 2009

It's 'the time' of the year again.....

Permohonan Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam

Permohonan Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Ph.D Dan Sarjana Sesi 2010 Di Bawah Program Hadiah Latihan Persekutuan

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang layak untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di peringkat Ph.D dan Sarjana sesi 2010 di bawah program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Pelawaan ini tidak meliputi Kementerian/Jabatan/Agensi yang telah mempunyai peruntukan sendiri untuk mengendalikan kursus di peringkat Sarjana/Ph.D.
  2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui portal www.jpa.gov.my mulai 3 Februari 2009.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mac 2009 untuk Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan 20 Mac 2009 untuk Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama.
  4. Sila rujuk lampiran di bawah bagi maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon:-

    Calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.

  5. Pertanyaan mengenai program Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2010 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853433 atau e-mail di alamat faisal.anuar@jpa.gov.my
  6. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari portal www.jpa.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2010.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Huhu....takutnya..dah nak masuk 3 kali apply ni haa...hopefully ada rezeki, tahun depan sambung blajo...aminnnn.....aku tak bercita-cita pun nak mintak obersee..just give me local university, is more than enuff.....

Wednesday, January 28, 2009

"Unplanned" holiday activities

Cuti CNY tahun ni dapat 4 hari, Saturday till Tuesday (24-27 January)...no plan for the whole time off, just ingat nak balik umah mak kat Che*as and Kl*ng.

24 January 2009 (Saturday) :
Rembat baby cot kat kedai perabot @ Segambut, nice gak boleh lipat2, senang nak simpan, selalunya playpen jer boleh lipat2...lepas tu angkut hantar ke rumah mak siap2, preparation dalam dok menghitung hari ni. Then, pegi My*in ngan Ju*co cari barang2 baby yang belum cukup...bedding set jumpa gak akhirnya yang berkenan kat Ju*co. My princess ditinggalkan kat rumah mak, kalau bawak dia mau tak habis soping. Tapi dalam tinggal kan dia, konon2 nak balik cepat, kul 10 lebih gak baru sampai baik dr soping. So, that nite, overnite kat rumah mak.

25 January 2009 (Sunday):
Balik rumah petang tu, lepas mak buat murtabak...tapau bawak balik rumah, lepak, buat keje sikit...

26 January 2009 (Monday):
Asben call mak di Kl*ng, ingat nak balik sana, rupa-rupanya mak ke Kelantan, join rombongan. Both, mak ngan abah takde katu rumah. hmm...then my princess mention nak mandi kolam, nak main pasir...erkk..manaler ada pasir kat kolam tu...then my asben piki2..nak gi pantai mcm jauh gak...hmmm..last-last dia terpikir Hutan Lipur Lentang kat Karak Highway nun...kat situ ada gak pasir tepi2 tu kan...Call adik2 kat rumah, jom sapa nak join....Mak ngan adik2 perempuan nak ikut Along gi Melaka, then the two boys jer yang available, abah lak puasa...so kami ngangkut ler dua boys, at least meriah sikit ramai2...masa on d way terpikir gak nak buat BBQ...tapi belum pepare apapun, masa tu dah masuk tengahari...

Lepas pick up adik2 kat rumah mak, on the way, singgah sat ke Tesco (boikot tapi aritu terpkasa lak, tak sempat nak carik akt lain dah) , beli arang, burger, sosej and marinated chicken dalam paket, ingat nak beli barang2 yang dah siap marinated tu, ayam ke daging ke..tapi takde lak that day...

Dah selesai beli-belah, aku ngan lil bro tunggu dalam kereta jer, nak cepat kan? nanti aku melambatkan perjalanan, heheh...maklumlah skang kena jalan slow and steady. Tup...tup..sampai Lipur Lentang kul 3 lebih...manusia ramai bangat...kereta berderet parking kat luar, alahai....jenuh kang nak berjalan, tapi alhamdulillah...mask2 kat dalam tu adalah space yang betul2 muat kete, parking gak situ...dekat ngan surau, toliet and jambatan gantung nak ke seberang....Solat Zohor dulu, then baru angkut barang, lintas jambatan gantung, "Ok ke?", asben tanya,"Ok....ni takde apa", aku jawab dgn confident, yelah jambatan tu nampak safe, bukan meniti atas tali, kalau meniti tu confirm aku lepak kat dalam kereta jer...

Sampai seberang tu, adalah tempat memanggang BBQ, dgn pondok tapi ada satu family kat situ...Tetiba pakcik tu melambai2, "Marilah duduk sini, kami nak balik dah.." fuh..alhamdulillah again, dapat pondok berteduh sekali...tempat membakar, near to the toilet, and it's very near to the jambatan gantung, kalau nak balik ke kereta semula...berkat ibu mengandung...

The guys pun start membakar...here's some photos to share..

Dari rumah dah siap pakai "uniform"

Gazebo tempat kami melepak

Bekalan dari rumah, pasta goreng and sup tulang, dicicah dengan roti...ayam bakar Te*co, yang bakar2 belum siap masa ni.

Orang lain sibuk makan makanan berzat, my princess rileks saja makan chickadees, ish dah paksa makan bend alain pun dia takmo...

ke hulu ke hilir asben bawak our princess nak carik port..., dia takut ada "crocodile" dalam sungai tu...


Start memanggang, hari hujan, tapi nasib baik tak lebat sangat, ramailah orang datang menumpang teduh kat pondok kami....

Dekat pukul 7pm kami bertolak balik, dalam kereta, budak2 duduk seat belakang semua dah tersandar...Aku pun penat gak walaupun cuma jadi penunggu setia pondok tu, nasib baik gak ada makcik2 menumpang teduh kat podok tu, borak2 ler ngan makcik2 tu....

Malam tu disebabkan kepenatan, overnite lagi kat rumah mak...mak balik dr Melaka kul 12am baru sampai....borak sat ngan mak, then semua menelentangkan diri dgn jayanya....my princess kepenatan pun tido dekat kul 12 gak...susah betul budak ni nak tido....

27 January 2009 (Tuesday):
Gerak dari rumah mak after zohor, pi Mid Vall*y, asben nak carik hadiah kawen utk besfren dia then nk mencarik gak popcorn for our princess (earlier that morning dia tgk Mickey Mouse Club House, ada scene jagung nak bagi ayam makan tu ditembak laser, jadik popcorn...so dia pun nak popcorn..ayaiyaiii). Miracle gak sebab jalan tak jem semalam kat Mid Vall*y City tu, maybe sebab ramai orang belum balik dari bercuti, parking pun sungguh senang dan dekat ngan entrance.."Rezeki ibu mengandung.." asben kata..hehehhe

Jalan2 carik popcorn tak jumpa2 gak biasanya ada jer kat Carre*our tu..semalam takde laks....last2 ke GSC beli popocorn Caramel (Large), beria-ia princess makan..hmmm...maknanya memang dia nak...

Malam tadik lak, dalam kul 9 setengah, gi UIA Gombak ambik kiriman murtabak kat rumate Anor (my sis)..mula2 mcm dah tak larat sesgt dah tapi bila terbayangkan dan teringat kelazatan murtabak segera mak Amalina (rumate Anor) ku gagahkan diri gak..So, dapatlah murtabak itewww...2 keping utk kami and 2 keping utk mak...Mak Amalina bagi gak wadeh ngan roti canai segera...Berat giler semua2 tu....macammanalah si Amalina mengangkut nyer dari Kelate naik bas..kesian lak aku rasa.....

Balik2 test bakar dalam overn sesuku bahagian murtabak, ermmmm...memang berbaloi.....air bawang cicah tu pun sedap bangat...Thanks Amalina...

Oklah, tu jer cerita cuti yang takde perancangan....

Friday, January 23, 2009

My new sunglasses

At last, setelah ku tunggu 2 minggu, siap gak sunglasses aku neh, sepatutnya 9 Jan aritu dah siap, tapi dorang tersalah letak lense without tinted, lor, sunglasses apa takde tinted, jadik spek biasa jerlah, so adik kedai tu kata next week nyer...14 Jan aku gi lagi, tak siap gak lagi..." Lagi 2 hari siap kak...." iyolah ekau...

So, today, aku gi lagi..nasib baik dah siap..kalau idakkk...ish...aku beli murah jer, ada sale 50%...tapi....casing bagi brand Bonia punya, alasan adik kedai tu, casing Esprit next week baru sampai, ish.....budak ni....dia kata leh mintak lagi casing tu nanti...yeah...akan ku tuntut, tapi casing Bonia ni nice gak, i'll keep it for my collection... :P

This is my new Esprit sunglasses, (dengan casing yang lain "mak" lain "bapak"-lain brand) lawa tak?


Borang "ini" lagi....

Masuk ni, dah dua tahun berturut-turut aku kena isi "borang ni", segan sebenarnya aku nak isi...tapi apakan daya, kot ada rezeki.....heheh....Borang apa ek? Haha....

Ada satu lagi borang aku blum isi, Borang Cukai...malasnyer nak isi...eh jap, mana penyata pendapatan aku ek...kena carik dululah....

Wednesday, January 21, 2009

Makan...makan....

Before this kan ada entry pasal makan-makan kat rumah my mom..so ni baru berpeluang upload gambar makanan yang kami buat

Sila cuci mata dan telan air liur yer...tak dpt nak offer...dah lama habissss....


Menu?

Ada satay Hj Samuri...


Roti john Taman Warisan
Mee hoon goreng kak long (our big sis)

Garden Pasta salad, wrapped tortilla and roti pita by me
Desserts..

Kek Chocolate Strawberry (Secret Recipe) sponsored by my sis, Ami

Lai Chi Kang Taman Warisan
And..fruit punch...

Tuesday, January 20, 2009

My new Pet

Tadi lunch kat B*Q Chicken @ OU, makan set baru yang ada nasik..lepas makan kami jalan-jalan cari pasal..hehhe

Aku jenjalan sengsorang, terjumpa LED torch light yang kecik kiut....bentuk tangan...ada 50% diskaun kat kedai Live It Up, aku suka tgk barang-barang kat situ, barang perhiasan rumah lah kebanyakannya...

Pink for me and green for my hubby

Then, lepas penat, aku gi tunggu kat bangku...sms kawan2 maklumkan aku kat mana...pastu Kak Su reply kata dia kat kedai akuarium...huhu..leh gak nak tgk ikan, td masa sampai dari parking memang lalu kat kedai. Masuk2 nampaklah set akuarium ni...lawanya ada corak kerawang..i likeeeeee....

Maka, aku pun terbelilah set akuarium tu, dengan 2 ekor ikan lily.....

Akuarium ni boleh jugak lekatkan kat dinding

Tadaaa....Inilah hasilnya..


Nanti aku nak letak pokok idup, hubby kata at least kalau weekend adalah benda yang boleh dibaham by my pet ni...hehe kalau tak, kebulur dorang.

Anak Dara & Make Up

Pagi ni mood anak dara aku baik, fuh, alhamdulillah...celik-celik mata pagi tadi, ajak dia tukar pampers, dia kata tanak pakai pampers, haaa...oklah tapi aku pesan "Kakak jangan ken*ing dalam kete tau"..."Okkkkkkk..." dia jawab.

So, impak dari dia mood baik (keadaan yang jarang-jarang berlaku pada hari bekerja)...kami dapatlah keluar rumah awal sikit dari biasa...takdelah rushing sangat, sekarang aku masuk pukul 8am, semalam disebabkan dia banyak songeh, terlewat seminit sampai opis...

Sampai-sampai kat skool (Taska), aku turun dulu untuk swipe attendance. then aku patah balik ke kereta...dia tanak turun dulu....dia kata.."Alaaaa, tadi kakak lupa pakai makeup, pinjam mama punya.."Lor, nak pakai makeup laks..selalunya kalau dia ada mood nak pakai makeup, dia akan touch-up dulu kat rumah, today dia lupa..heheh

Babah dia bisinglah, satu...satu makeup dia pakai...Babah dia suh cepat.."Cepatlah kakak.." "Nantilah, nak pakai eye shadow dululah.." dia jawab, eye shadow tu mmg the last thing yang dia akan apply lah...berturutan macam yang sepatutnya, pakai krim alas dulu, pastu sapu bedak compact, lipstick...and eye shadow...

Ni ler gambar dia bersiap pagi tadi....dia marah aku ambik gambar...aku snap, without flash...

Kakak marah sebab ambik gambar curi. Tgh sapu krim alas kat muka..

Next, apply bedak

Lipstick...

Last sekali...eye shadow u ols...pink karer ok, matching ngan baju
Ok, dah siap..simpan balik dalam beg mama.

Ok, dah ready nak gi skool....!

Friday, January 16, 2009

Gadis Melayu...betui ka?

Tengok tak Program Realiti Gadis Melayu @ TV9 Dekat Di Hati tu? Malam tadi adalah malam final program tu. Aku tak ikut pun program tu, malam tadi tu kira kali ke-3 aku tengok, last week tak sengaja terbukak tv9, tengok dah nak final, so aku layan jerlah, lima finalist, lawa2 gaklah, lembut2 semua orangnya. Ada dari Sabah, dari Melaka, 2 dari Pahang and dari Kedah.

Malam tadi, pengacara Afdlin Shauki and Adlin Aman Ramli, bila tengok final malam tadi pun rasanya macam tengok pementasan zaman sekolah kot. Takdelah grand sangat pun event tu. Setiap peserta akan diberi task kena buat persembahan, semuanya berlakon, menyanyi sikit or bergurindam, bersajak, berpantun. Lepas buat persembahan, dorang akan ditanya satu soalan by juri..juri ada 5 orang (Prof. Emeritus Safiah, Dato Ustazah Nor Bahyah, Stephen Rahman, Dr. Fazley and another one yang aku tak kenal). Bagi aku soalan-soalan juri tak mencabar pun, cuma maybe dorang nak nilai dari segi cara menjawab dan isi jawapan tu kot.....

Pemenang Ikon Gadis Melayu Pertama, is Aida (Khairul Noormaidah Bt Zali dari Pahang) yang buat persembahan anak derhaka tu.....oklah gak....pretty....Ni gambarnya dapat kat internet.

Tapi apapun, baju-baju dorang sponsored by Jakel are nice, boleh tirulah fesyen.....

Thursday, January 15, 2009

Little angels....

Dua hari lepas melawat collegue kat HU*M, today melawat another collegue kat PP*M lak....nilah gambar-gambar si kecil molek, kiut sesangat anak dorang....Salute to both strong mothers....Hidup ibu-ibu seluruh doniaaaa!

Kak Rozi and her 3rd baby girl..nama belum final...

Other photos of baby girl...


Syidah and her baby boy, Fahmi...


Semakin saspens diriku, next in line......one month to go....

Wednesday, January 14, 2009

Sekali kena mara daaa.....



Hari ni appoinment scan kat PP*M, biasanya asben antor, but last nite dia dah ke Penang, ada meeting kat sana hari ni, appoinment pukul 11am, tapi pagi kul 9am ada mesyuarat lak, so, mesti kena datang opis dulu...

Ingat nak call taxi utk ke PP*M, meeting punya meeting sampai kul 10am, errr....terpk lak nak mintak tolong Kak Su, sms ke Kak Su, takut dia sibuk....Kak Su reply kata ok, alhamdulillah....boleh kot....nanti balik, naik taxi ler cadangnya...

Tapi dah sampai sana, terubah plan pulak, Kak Su sudi nak tunggu, hmm..ok gak..masa tu pun dah dekat kul 11am, kot kalau lama scan tu, boleh terus lunch...

Pusing-pusing dalam tempat parking pun dah makan masa 15 minit, biasalah, parking situ mmg lousy, aku tak suka, dengan lif yang lambat nak mam*us...lagi melambatkan pergerakan...

Kak Su tunggu kat Cafe...dia pun tak bekpes lagi, lapor, so aku terus gi Klinik Ibu Mengandung...sampai2 sana, nasib baik tak ramai, tunggu turn dalam 15 minit pastu Doktor panggil masuk....

Scanning...scanning.....
Kepala dah ke bawah...
Ketuban ok....
Uri ok..........
Heartbeat ok...........
Muka baby pun dah nampak, mcm anak patung lak aku tengok...

Nampak tak rupa baby?

And all seems normal kata doktor..kali ni tak jelas keseluruhan badan sebab baby dah mcm memenuhi ruang dalam perut, dan alhamdulillah gak, doktor bgtau baby tak besar, normal...hopefully normal sampai bersalin nantilah...and today, aku berjaya dpt gambar scan tu, doktor dah tolong printkan....


Habis scan, terus gi tempat kak su tunggu, kesian Kak Su....pastu Kak Su bagitau, boss dia call banyak kali, membebel...marah jadik welfare...baekkk punya kena bebel ngan boss....alamak...kesian Kak Su, pasal aku dia kena marah ngan boss dia yang tak best tu...hampehssss....Ni baru first time aku mintak collegue antor ke hospital utk aku checkup, dah kena gini pulak....Benda-benda gini lah yang menyebabkan aku sentiasa takut nak mintak tolong kat orang, menyusahkan orang jer....tak pasal-pasal, kena marah lak Kak Su...sorry tau Kak Su, kalau tak terdesak sesangat, lain kali seboleh-bolehnya saya tak mintak antarkan...InsyaAllah...