Monday, October 1, 2012

About Life


Semester ni aku ambik subjek issues in professional practices, chapter2 semua pasal etika…lecturer sangat best, pasang slide objektif chapter, then selama 3 jam, itu lah slides yang display sampai habis kelas…apa yang menariknya, lecturer ni bercerita pasal etika, pasal morale…yang sangat2 dekat dengan kita semua.
Aku rasa semua orang patut dengar especially bila dia bercakap pasal appreciating values in life..good values lah of course and how we never should take for granted atas orang2 di sekeliling kita, our beloved ones, jangan ingat selamanya the other half kita akan sentiasa ada dengan kita, jangan ingat our parents akan hidup forever, anak2…one day dorang boleh hilang mcm tu jer dari life kita, so, take our chances now, sayang dorang, hugs and kisses without fail…selagi kita ada peluang…

Benda2 macam nilah yang aku nak sangat2 share dengan orang2 yang aku sayang, dengan harapan…nanti kita tak regrets many things….dengan harapan orang yang kita sayang paham kenapa kita berhempas pulas buat benda2 yang mungkin nampak remeh semata2 nak penuhi permintaan…contohnya? Anak nak makan something, maybe yang mahal then time tu takde duit, tapi kita usahakan jugak….kenapa? biasa kita baca, banyak dah kita dengar kan…ada mak2 yang tak dapat penuhi permintaan anak2 nak makan something, tetiba anak tu meninggal…sedih kan? Taknak lah jadi macam tu tapi kalau boleh, untuk orang2 yang aku sayang, aku tak kisah if aku perlu susah payah, asalkan aku tak kesal, tak terkilan..tapi andai ditakdirkan usaha aku tak kesampaian, terpaksalah redha…

Bila kita dah bekeluarga, kita akan lebih faham kenapa mak kita bersusah payah masakkan favourite food setiap kali anak2 balik..kalau boleh nak masak macam2 lauk ikut selera yang macam2 dari anak2 kan? Sampai bila2 sorang mak tu akan macam tu walaupun dia tak sihat….mesti gigih gak nak sediakan…tapi as anak2…ada tak setiap kali kita jumpa dengan mak abah, kita salam, kita renung muka mak abah kita..kita cium mak abah kita..kita peluk kuat2…? Especially bila mak abah tu dekat jer dengan kita dan kita selalu jenguk…tapi sampai bila kita boleh balik rumah mak abah, dan mak abah ada kat rumah….masih ada peluang untuk kita jumpa mak abah…berborak dengan mak abah…? Kita boleh jamin dorang akan ada sentiasa ke? Aku harap Allah bagi aku banyak peluang, banyak masa untuk aku buat banyak benda untuk mak abah…

Aku lagi sedih bila ada someone dear to me, sanggup tinggalkan anak…sebab nak berpisah dengan suami…maybe suami ada buat salah, tapi anak tu? Dulu aku suka buat macam2 aktiviti yang quite lasak, buat benda2 yang agak adrenaline rush….tapi tu semua masa bujanglah…bila aku dah ada anak, benda2 yang bahaya sikit pun tanak buat..sebab….? maybe aku ni merepek, negative thinking ke paranoid ke…tapi bila ada something yang bahaya, aku cuma fikir satu jer….kalau aku mati sebab benda tu…anak2 aku camner? Pasal laki tak pikir as no 1, sebab of coz lah dia boleh carik lain kan..? huhu…tapi..anak2…? siapa nak jaga? Akan ada orang sayang dorang mcmana aku sayang dorang tak? Erghh….mcm2lah dalam pikiran…Bila dah jadik mak ni, air mata pun senang sangat meleleh, waima tengok drama sekalipun…especially citer2 pasal family, pasal anak….Aku juga harap Allah bagi aku banyak peluang, banyak masa to do so many things for them, and do things with them…Mengarang sambil layan Thousand Years..by Christina Perry..jiwang..karat…I’ll love you all for thousand years, I’ll love you for thousand more…Next in line, Because of You….Kelly Clarkson…malam ni kita syahdu…laki pi keje tak balik lagi….anak2 dah tido…nak buat assignment tapi kepala mcm letih…

Catatan> Sabtu malam, 9:26
29 September 2012