Friday, July 30, 2010

Salasilah keluarga

Kalau salasilah keluarga kita...mak abah, atuk nenek, moyang..lepas tu? aku tatau.....dulu selalu buat lawak lepas moyang, monyet..hiks...rupanya macam ni.....pagi2 tadi bukak pc, pop up dewan E*a keluarkan word of the day ni....CILAWAGI.....kih kih kih...kelako bunyiknyer...rupa2nya, sila ambil peduli yer....

cilawagi is si nenek moyang tingkat yang ke lima, datuk kepada moyang....(orang tua (parents), datuk, moyang, BUYUT, CILAWAGI,CAKAWARI...erkkk???!!!!!bahasa sanskrit kots...

Hi-tea

Semalam pi hi-tea PU*PANI*A cawangan, kat Se*i Pa*ific, KL. Hi-tea utk AJK, tapi aku bukan AJK pun, sekadar memenuhkan ruang, jadik pengganti....dah namanya hi-tea kan of course lah menu ringan, tapi adusss...lupa nak alas perut dulu....start dekat kul 3pm...ucapan ringkas dulu, penyampaian sijil AJK, pehtu baru makan, sambil makan dihiburkan dengan tarian, ada sekumpulan penari Istana Budaya....biaslah, penari pro mmgler ok tariannya...

pehtu sambil menjamu selera...menu leh tgk kat bawah ni...




kami dihiburkan dengan nyanyian solo bakat2 ahli PUS, dikir barat, tarian....
sedap tau suara dorang ni nyanyi, kelas gitu, ada sorang tu, takde dlm list akan buat persembahan tapi special request, so dia pun nyanyi....dia batuk ngan selesema katanya sebelum dia start nyanyi tu dia bgtau...tapi sekali bukak mulut..pergh...itu kalau batuk selesema, kalau time sihat, mesti meletopssss u olssss....



Nanti aku upload few videos yang aku ambik..aku suka chicken dance..cute jer, nak menari ngan anak2 lah gitu..


malam tadi, si kimi terjaga kul 1am, macam2 buat suh tido tak tido gak...sibuk dia kata yak...padahl tak berak pun, bukak seluar bukak stokin, dia cepat2 stand by depan pintu toilet dah...nak tak nak cebuk lah gak dalam sejuk2 tu....makin segar bugar ler matanya.....bagi tgk video chicken dance tu, beria dia bergoyang, tapi tak berjaya menidurkan dia gak, last2 dah pukul 2 lebih, bawak turun bawah, bukak2 tv, tengok di bawah ketiak isteri...haha..mau pulak dia duduk diam...haha..barulah ngantuk, bawak naik ataih, tido....pukul 3 lebey baru dpt tido semula....kakak demam, kimi pun mcm dedar...harini mama pun rasa nak demam sama...oh tidak...esok nak piknik celebrate julaians birthdays ngan anibersari mak abah...huhu...mintak2 semua sihat, ahad ni lak laki nak pi singapore lagik....tengok ni gambar dia mengelak dari di capture..haha..

Thursday, July 29, 2010

Bila busy dan bila tak busy

 
time busy, rasa mcm tak cukup kaki tangan nak buat keje tapi bila tak busy, boring lak...
 

time boring ni lah mula idea nak ngemas opislah, nak redeco opis lah..huhu.....dan mulalah bukak blog2 cuci mata dan sebagainya...
semalam baru baca ni haa......



Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net<http://www.zaharuddin.net/>

[cid:image001.jpg@01CB24CB.DA7F2DC0]

Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan  sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.

Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.

Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.

Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.

Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.

Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.

JAWAPAN

Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.

Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:-
فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام

Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)

Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s.

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)

Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.

Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.

Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-

1-  Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.

Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.

2-  Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.

Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.

Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.

3-  Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.

Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.

Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.

Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.

Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.

KESIMPULAN

Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah.

Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan.  Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja. Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA' kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang' dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu'alam

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net<http://www.zaharuddin.net/>

29 Jun 2010

Brunei Darus Salam

p/s : tuan puan boleh layari web berkenaan untuk dapatkan penyelesaian / pemahaman bagi pelbagai masalah/isu harian. Semoga bermanfaat ☺

Tuesday, July 27, 2010

SKVE

Sebelum ni kan ada aku citer pasal SKVE ni, laluan dari Bandar Saujana Putra boleh terus ke area Serdang, terussss jer, view cantik, sekurang-kurangnya ada 4 tasik yang akan kita lalui sepanjang perjalanan. Tengoklah gamabr2 ni, kalau nampak tak cantik tu disebabkan orang yang ambik gambor tak pandai lah..tgh driving, bahaya woo...hahah.
Even turtle aku pun enjoy the view...

Monday, July 26, 2010

Cecah-cecah.....

Kimi suka cecah2 makanan, kalau takde makanan, celup tangan pun jadiklah, cecah-cecah dalam sos, cecah-cecah dalam dip cokelet ke krim ke....bila makan makanan pedas, kimi akan start buat aksi mcm iklan ENO mamat jepun kepanasan sebab kepedasan kari tu...mula2 aku pun tak perasan, tapi bila setiap kali pedas, dia akan buat gitu...hahaha....funny lah adik ni, mmg mcam2 aksi dia buat....tapi kimi mmg senang makan, semua yang kita makan dia nak, tak kira pedas ke tak...vocab dia pun dah makin banyak...mcm2 dia sebut...hmm..besar dah anak mama lagi sorang ni....

Floria 2010 @ Putrajaya

 
Flow gambar adalah tidak mengikut urutan tarikh...:)