Wednesday, June 17, 2009

E-mel untuk boss....

Adehh....payah gak nak ngarang emel untuk issue semalam tu...dari semalam dok merangka ayat dalam kepala...akhirnya tadi..jam 10.27am aku send emel ni pada big boss, small boss....cc pada admin and my ex-boss Puan N. Hopefully ayat2 emel ni takde yang menyakitkan hati mana-mana pihak.

Nilah emel nyer kalau rajin u all nak baca..hehe

Assalamualaikum wbt dan salam hormat,

Y. Brs. Dr/Tuan,

Apa khabar Dr./tuan? Diharapkan Dr./tuan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Untuk makluman Y. Brs. Dr./tuan, CC telah menelefon saya dua hari yang lepas dan memaklumkan tentang cadangan untuk pool kan saya berikutan cuti tanpa gaji. Untuk itu, saya rasa itu adalah solution yang terbaik memandangkan kerja-kerja yang tertangguh harus dilaksanakan di samping kerja-kerja semasa yang pastinya semakin bertambah.

Saya juga ingin memohon maaf kerana memohon penangguhan cuti tanpa gaji sehingga September. Ini adalah disebabkan beberapa perkara peribadi yang membuatkan saya terpaksa menambah cuti tersebut, kalau diikutkan perancangan asal, memang bulan Julai saya akan masuk kerja semula tetapi, itulah, bila perancangan sedikit drag, saya terpaksa mencari option, dan option yang terbaik setelah diteliti ialah menangguhkan lagi cuti.

Semasa mendapat panggilan daripada CC, saya tidak dapat berbincang dengan details sebab anak kecil menangis pula masa tu. Namun, saya menghubungi Puan N****** dan memaklumkan kepada Puan N
******.

Saya tidak akan cuba pertahankan post saya sedia ada kerana bagi saya itu satu tindakan yang mementingkan diri. Pastinya terlalu banyak perancangan yang ada dan perlu dilaksanakan. Bagi saya, pool itulah solution terbaik dalam memastikan segala perancangan Program Perkhidmatan Aplikasi khususnya dan IMATEC secara keseluruhannya dapat diteruskan dengan lancar.

Selain itu, saya sedia untuk di pool bukan dengan niat untuk berdegil dengan keputusan saya tetapi saya betul-betul perlukan cuti ini .

Adalah diharapkan solution pool ini dapat mewujudkan win win situation kepada semua pihak dan saya memohon maaf sekali lagi kerana telah membebankan banyak pihak. Sekiranyalah saya tahu pool merupakan option yang boleh dibuat bagi mengelakkan segala penangguhan tugasan sebagai implikasi cuti tanpa gaji ini, mungkin saya akan cadangkan pool sedari awal lagi . Bagi saya, apa yang paling penting ialah memastikan kelancaran semua tugasan dan perancangan organisasi.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Y. Brs. Dr. diatas budi bicara dengan merisik dahulu dengan pihak saya berkaitan cadangan untuk pool itu.

Sekian, terima kasih.


Ok ke? Tolong komen....Mekasihhhh....

(tak expect lak boss2 sayang akan diriku..hukhuk...terharu laks...)

6 comments:

Ruby Alias said...

pool? err masuk pool kat jpa ker ni mel? kuar intan?? ..wow..big decision gak but if its for the best and as u said d only win-win solution why not..u sounds happier being at home w ur kids ..probably can start looking at the options for SAHM ? ..good luck yer in whatever path ur heading onto ..imatec will lost a gem if they let u go

ohbukan said...

hehe, kita kan dok sibuk nak mintak master to get away tp kot ini optionnyer, manalah tau kan,dah tadak jodoh lg ngan intan ke. am no gem lah bee...germ adalah kot..haha.

Unknown said...

ini kalau google Imatec ni mau surat ni naik nih. hihihihih

Unknown said...

Mel... dikau pergi... sedihnya... apapun u tetap dihati kita org.. apa pun bila dah PTK nanti.. mau mau org lama kan kena berhijrah untuk meraih ilmu begi menuntut ilmu byk2 sebelum pulang semula.

Penuhilah dadamu dengan ilmu.. sikalang mesti dengan susu.. hihihihi...

ohbukan said...

kak dy: kita dah search kat goole, tak jumpa..fuh...clear...


kak borgeeb: ni belum konpem lagi kak...kalau dah konpem kita pi opis babai2 dulu na...
ish...bab susu kena cakap pelan2..heheh

dune's_heritage said...

mell amik lesen katne??akupon mcm nak ambik dah nih...next year insyaAllah takmo ada maid dah...aku nak angkut sendiri anak2ku itu..aminnn..meh kite sama2 amik lesen ek..