Jiran sebelah rumah, kak zai, baru jer bersalin tak sampai sebulan lepas, dua minggu lepas bersalin kak zai berpantang di rumah mertua, lepas dia balik ke rumah dia, aku pi melawat baby baru, ini anak ke-4 kak zai, tapi anak first meninggal. masa jumpa kak zai tu, dia bgtau dia pening kepala and anak dia kuning, aku kata maybe sebab bleeding banyak or tak cukup rest sebab tu jadik pening, kak zai kata, kalau dia pegang cawan pun boleh terlepas, pecah, hanyut mcm pitam...aku sarankan kak zai ke hospital dan tanya doktor, lagipun baby pun masih kuning. Baby kak zai breastfeed anak dia....
Kak zai cerita, masa hujung2 pregnancy aritu, dia sakit belakang yang teramat sampaikan nak berjalan, kena seret kaki, tak boleh nak angkat....then, masa last checkup 31 Mac tu, sepatutnya set appointment untuk ceaser, tapi baby dah nak keluar, so terus bersalin awal dari jangkaan yang sepatutnya tengah bulan April..ikutkan sejarah, anak yang lain semua takde yang awal...mengikut jangkaan semuanya...tapi takde expect anything serius..assume as pembawakan lah...
So, the next day, kak zai ke hospital, sejak hari tu...kak zai dan family tak balik-balik juga, adalah dekat dua minggu dah, isnin baru ni, dua hari lepaslah kan....aku tengok bibiknyer ada kat rumah, aku pun tanya kot kak zai dah balik rumah, nak menjenguk lagi....tapi bibik kata kak zai masuk hospital (masuk wad), kepala ada ketumbuhan...ya Allah...ye ke? kesiannya....tengahari tu masa aku nak keluar dengan adik aku, nampak asben dia kat luar baru balik dari sekolah maryam (anak dia)..aku pun tanya status kak zai...
Aku: Assalamualaikum....
Jiran: Waalaikumussalam....(sambil berjalan menghampiri pagar yang memisahkan rumah kami)
Aku: Kak zai macammana yer?
Jiran: Kak zai......kepala dia....otak dia bengkak, ada tumor...lepas tu, doktor check lagi, paru-paru dia ada kanser, dah merebak ke liver dengan buah pinggang dia....Doktor pun tak tau macammana boleh jadi gitu.
Aku: ohh...(tak tau nak kata apa)....hari tu masa kak zai kata sakit kepala ingatkan sebab bleeding banyak...Ada simptom apa2 sebelum ni?
Jiran: Itulah, kita ingat sebab bius ke...mmg takde simptom apa2...Jumaat ni baru tau jenis kanser.
Aku: Baby siapa jaga..?
Jiran: Adik saya jaga, adik ipar jadi ibu susu....
Aku: Baby kuning aritu dah ok?
Jiran: Dah ok dah....
Aku: Kak zai kat wad berapa? Kat hospital selayang kan...
Jiran: Wad 9, katil 23..
Aku: InsyaAllah lah, nanti nak melawat lah kak zai...abang sabar yer, kita sama-sama doa...
Jiran: Terima kasih...
Aduhaiiii.....terpempan sekejap aku, bayangkan, anak dia tiga orang, yang sulung, maryam baru 7 tahun, yang kedua Fateh, baru 2 tahun, dan Fatah, baru nak masuk sebulan, injection pertama pun belum lagi...ya Allah, besar dugaan untuk jiran aku sekeluarga...semoga Allah pelihara mereka, semoga kak zai terus bersemangat untuk berjuang to fight the illness...al-fatihah atas nama kak zai untuk sama-sama didoakan kesejahteraan kak zai...
Sedih bila aku tengok maryam isnin haritu,....masa terjumpa dia di Gi*nt, dia terpa kat aku, pegang tangan aku then tanya “Mana nafeesa..?” bertanyakan pasal Nafeesa. Dah lama jugak dorang tak bermain sama sebab Maryam takde kat rumah, aku jawab , “Nafeesa kat taska....,mama macammana kakak?” “Ermmm...mama oklah....” dia still kecik dan tak paham, rasa nak menangis jugaklah bila tengok dia, happy jer, bukan tau sangat pun kan....macammanalah nanti nasib diorang tiga beradik..apapun, harapan masih ada...
Bilalah ada peluang aku nak melawat ni, sedihnyerrr......
4 comments:
ala mell...
sedihnya...
kesian kat anak2 dia...
kesian lg kat dia...jomla kita sama2 doa everything will be ok...
mi: memang sedih sangat mi, aku dok teringat2 kan kak zai ni, nak jumpa sgt dia..
Ya Allah...sedihnya....Tiba-tiba je bertimpa-timpa penyakit datang...kesianya kat anak2...
Kakak tu kerje ker?
kak dy: kakak tu cikgu sekolah rendah, mmg kesian, so sudden
Post a Comment