Monday, November 23, 2009

Monolog Seorang Aku untuk Aku

(Photo:Shutterstock.)

Monolog = percakapan panjang lebar oleh seorang penutup sahaja, biasanya menafikan kesempatan orang lain utk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya; (Sumber Dewan Eja Pro)

Aku bermonolog sebab aku bercakap dalam hati..ngeh, ngeh, ngeh....


Monolog Seorang Aku Untuk Aku

Kalau ko tgh drive di jalan raya, berdesup-desup kereta potong ko...ko takyahlah dengki, dan takyahlah nak melaju sama...depa tu bawak kereta mewah, security features nyer mesti lebih, kalau ko takat bawak kereta Acc*nt, takyahlah nak tunjuk lagak, hiks....

Kalau ko pernah dengar orang kutuk ko, tak suka ko, kalau orang tu cuma seorang jer, mungkin dia dengki kan ko...kalau 2-3 kali orang kutuk2 ko, masih lagi mungkin ada sekelompok sahaja orang tak gemorkan ko, tapi...kalau dah selalu sgt org kutuk ko, maybe ko yang kena berubah...mesti ada sesuatu yang tak kena dengan ko...

Kalau orang lain lagi cepat naik pangkat dari ko, ucapkanlah syukur bagi pihak dirinya, mungkin belum rezeki ko untuk naik pangkat sama...pangkat besar, gaji besar..itu semua rezeki...kalaupun tak dpt pangkat besar, gaji besar...mungkin ko akan di kurniakan rezeki dalam bentuk lain pulak...

Kalau ko berada dalam kelompok orang-orang susah, letakkan lah diri ko sama dengan kesusahan dorang tapi kalau ko berada dalam kelompok orang-orang yang bermegah-megah, biarlah ko blah....

Kalau mak abah mintak sesuatu, seboleh-bolehnyer tunaikanlah segera, jangan bertangguh-tangguh kecuali dah tak mampu sangat...ko takkan tau sampai bila ko akan bersama dorang, kalaupun bukan dorang pergi dulu, ko mungkin pergi dahulu dari dorang....

Kalau anak-anak tegur kesalahan ko, jangan lah angkuh tanak terima...sedangkan ko mmg bersalah, sebaliknya hormatilah pandangan dorang, maka dorang pun akan hormati korang...

Sayangilah keluarga sementara masih ada peluang dan ruang untuk bersama...esok lusa belum tentu dapat bersama...

Sayangilah kawan-kawan sementara ko masih dalam ingatan dorang....esok lusa belum tentu ko masuk dalam list jemputan kenduri-kendara....

Sayangilah diri ko sementara usia masih berbaki, jangan suka2 buat benda2 berbahaya..ingatlah mereka yang ko sayang..sentiasa....

Ingatlah Allah sepanjang masa..susah senang, Allah sahaja yang pasti ada sentiasa....ucapkan syukur atas segala kurniaan, tak kira kecil besar pun kurniaan tu...

No comments: