Hye semua,
Hari ni dah hari ke-3 aku berpantang dan bermakna, my baby pun dah 3 days old...hehe. Segala-galanya macam mimpi...rasa macam mengejut sesangat....
Kat sini aku nak share kronologi kelahiran baby "kimi" aku, (nama kimi ni dah lama dapat cuma nama penuh, hehe..asben suh rahsiakan dulu sampai hari ke-7 nanti...)
6 Feb 2009 (Jumaat)
Rasa macam baru jer lagi aku update blog ni, last saturday, cerita pasal aku kena tukar hospital kan? Everything seems just nice..just nice in term of masa..keadaan dan keputusan2 yang aku ngan asben ambil... Kalau nak ikutkan, aku cadang, 10hb, hari Selasa baru nak register kat HUKM tapi Alhamdulillah asben insist gak register on friday. Few times gak dia sebut..."Abang rasa tak lama ni, mungkin weekend ni...".....hmm..masin betul mulut dia (walaupun sebenarnya dia prefer makanan manis..heheh)
Dah siap register, my first appointment for checkup kat HUKM is on Tuesday (10 Feb), okeyyy....nurse tu pesan kalau ada tanda nak bersalin, just datang jer ke Kecemasan sebab esok lusa kan weekend then monday Public Holiday sebab Thaipusam is on Sunday....
7 Feb 2009 (Sabtu)
Pagi sampai tengahari just lepak doing normal chores kat rumah...tapi rasa penatttt sangat. Asben ada kursus @ Gombak. Memasak, basuh baju, lipat kian, kemas2 rumah mana terlarat...kalau ikut hati nak vacuum the whole rumah tapi rasa tak larat.
Petang tu, tengah packing2 baju nak angkut stok berpantang kat rumah mak, asben bgtau nak jumpa kawan dia nak ambik barang, my princess nak follow, so aku pun follow gak....janji jumpa kat Alpha Angle. Dalam tak larat tak larat aku, berjalan jugak....
8 Feb 2009 (Ahad)
1:30 Tengahari:
Kami bertolak ke rumah mak. Lepak2 layan movie, 2-3 movies in a roll, membawak sampai ke malam. Adik aku yang baru kawin pun ada, malam tu ada football match kat ESPN (peminat MU adik iparku itewww...nasib baik asben bawak card astro dari urmah-kat rumah mak tak masukkan sports channel)...around pukul 10pm dorang start layan bola....aku melayan mata...rasa cam nak tido...
10:30 Pm:
My princess mintak nak makan nasik...ambikkan nasik dia, dengan mama2 sekali makan, jarang aku makan lewat gitu, malam tu terasa nak makan lak....
11:00 pm:
....My princess baru jer tido....tetiba aku rasa semacam...erk..mcm ada liquid keluar...aku bayangkan darah...tapi air yang kelaur nak kata byk tak byk sgt nak kata sikit, tapi basah lah...erk! Saspen nyer aku...aku panggil asben...bgtau dia...dia mintak adik panggilkan mak, kesian mak dah tido time tu..mak rushing turun bawah, mak tya banyak tak...aku kata tak byk sgt dan sekejap jer keluarnya...belum kot...bincang2..sampai kul 11.30pm...asben bgtau mak, banyak tadi...lencun..heheh...haaa...baik pegi jerlah hospital mak kata...mak nak temankan sekali. Aku nak balik rumah dulu, nak ambik barang2 nak masuk sepital yang aku dah readykan...
To be continued...
Wednesday, February 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment