Monday, January 9, 2012

Travelog:Ho Chi Minh City Day 2 1/2 (5 Dec 2011)

Sori lambat sangat nak sampai ke update Day 3, nak copy gambo dr kamera asben tak copy2 lagi, day 3 aku dah takleh ambik gambo sbb bateri kamera dah kong dan charger kaki 3 takleh pasang kat sana...huhu...

Malam kedua sempat pi solat maghrib dan isya' kat Central Mosque, betul-betul setentang dengan restoran halal kedua kami pi Halal@Saigon. Dari hotal ambik Vinusan Cab, sampai masjid tu adalah dalam 5 minit jer...tengok meter 27.00. Aku bagi 300,000 VND, dia bagi bakil 3,000 so aku assume mmg 270,000 regenya....bila cakap balik kat absen, dia kata patutnya 27,000 jer...instead of 3-4 tinggit jer duit kita end up aku bayor 10 kali ganda, dalam 40 hengget...hanginnnn seyyy......huwaaaa.....tipah tertipu LAGIII...jahat kan dorang, walaupun teksi bermeter yang semua orang kata safe, still...boleh kencing kita gak....sakit sangat hati, sedih tau...rugi duit tu baik beli souvenir untuk yang tersayang...Tapi memujuk hati sendiri, takpelah, niat kita baik, nak ke masjid, biarlah driver tu tipu..aku TAK HALAL kan duit tu....huk huk....

Asben memujuk aku dengan membelanja aku makan kat Halal@Saigon...haha...asben order nasik ngan lauk...aku order mee soup beef noodle tu sbb sedap masa makan kat VN Halal...dan semestinya dua gelas kopi vietnam, nasik sampai dulu, sekali tengok mak aih, banyaknyer nasik dia bagi, nak tak nak, "terpaksa" aku makan sama nasik tu..hehe....lepas tu sampai mee aku lak, rasa2...ergh....mengecewakan , tak sama macam kat VN Halal...rasa kureng sangat....so aku tak habiskan mee tu...kopi harusler habis kan....Masa kemas meja tu, waiter tu tanya, kenapa tak habis, tak sedap ke? Muka masam...errr....tergamam jap, pastu jawab "Dah kenyang, tadi tamak...."errr..paham ke dia maksud tamak tu? dia cakap melayu aku jawab melayu ler...lantakler ko...Kat situ aku suka sangat satu gambo kat dinding tu...gambar budak kecik makan nganga punyalah besor mulut dia, sangat2 cute, aku ada snap guna hp...nanti aku upload. Kalau tengok kat http://www.halalsaigon.com/ pun ada gambar tu kat header....

Dari situ kami berjalan kaki melihat keindahan scenery HCMC waktu malam, memandangkan dah nak krismas kan so semua hotel dan shopping mall buat dispaly, semua menarik2...dan rasa funny gak sebab dorang beramai-ramai posing kat setiap display yang ada...ramai sangat orang kat sesetengah tempat sebab berebut2 nak bergambar...dorang ni ambik peluang berjalan malam2 sebab lepas kerja lah kot..kalau kita kat sini weekend yelah penuh gitu kan, hari kerja kurang sikit tapi dorang dah macam tahap esok cuti krismas dah rasanya....

Dan ada lah kat satu hotel tu, aku saja posing depan tu, tetiba mai mat saleh tua sorang tu, sibuk dia suh kami laki bini bergambo dan dia nak ambikkan gambo, sesambil tu dia bercerita dulu dia penah stay saigon tu, pastu dan balik negara, tak ingat dah dari mana tah...so skang dia akan selalu vacation kat saigon, saigon dah membangun..bla..bla..bla....dalam masa yang singkat, dalam 2-3 minit jer rasanya pun, dia boleh bercakap sangat banyak, dan kami dengar dan senyum jerlah...mencelah sikit2 jer...Risau gak kot tetiba dia bawak lari kamera asben tu, haha...maklumler dah kena tipu few times kan, jadik trauma...


Masa berjalan balik ke hotel, singgah Saigon Square, tapi time tu dorang dah nak tutup, tak sempat belek apa pun, buat syarat jer masuk...Saigon square tu banyak jual pakaian. Masa masuk ikut pintu lain, bila nak keluar kat pintu lain, so tanya guard yang kat situ, arah benh tanh market, dia tunjuklah guna tangan, tapi elpas tu ada kawan dia cakap dengan dia, kawan tu peniaga kat situ kot, dari cara dorang citer tu aku agak dia sound guard tu salah bagi direction, tapi kan...dorang gelak2 jer, bukan nak bgtau semula...kurang sopan betul...kesian kita kan...tanya arah pun lagi mau tipu2 jugak ke..? huh....

Sampai pasar malam, ternampak satu  kedai bag yang ada jual bag idaman yang aku ternampak masa kat kolam buaya semalamnya tu...hehe.....tapi tak sempat nak tengok betul lagi, kedai tu dah nak tutup. Takpe, esok masih ada. Dan jugak terjumpa sorang budak pompuan ekcik jer, dia bagi brosur urui tapai kakai...hehe...yang kami mmg nak buat pun, ambik jer dulu brosur, plan esok kalau sempat nak gilah, 25,000 seorang, dua orang baru 50,000 untuk satu jam...oklah tu...kaki mmg dah lenguh ni...mintak dimanja...nak urut satu body malaslah pulak...

Lepas tu barulah proses pembelian semakin rancak, dah tau apa nak beli. Beberapa kali dok ulang pi jenguk kedai kasut kat satu lorong tu, tapi kedai2 kasut kat situ takleh tawar, harga tetap tapi damn cheap compared to harga kat kita ni lah, contohnya Clarks kan, kalau kat kita mau RM200 lebih kan, kat sana kalau convert duit kita pun baru RM80++ jer...orang kedai tu kata ori, kilang kat sana.....huhu, design kasut adidas, nike pun lawa2, rege pun murah dari kitalah...tapi hati-hati sebab aku jenguk belah dalam kasut clarks tu, ada bintik2 tu...huhu....kulit ba alif ba ya rupanya....cancel beli...ada berkenan sandal leather, brand polo, baru RM50 jer...huwaaa.....try2 tadak saiz lah pulak....ish, kalau duit ada lebih ni mmg nak sambarlah....Asben beli selipar jepun, biasalah laki ku suka nau beli selipar jepun kalau gi memana. Aku? terpaksa bersabar sebab duit takut habis. Nak beli souvenir lagi ni...Carik2 gak handbag kot boleh sambar tapi tadak....yang berkenan rege dalam RM200, baik beli kat sini....belilah tshirt, dress untuk anak2 buah perempuan, sarung tisu......

Masa on d way balik hotel, ternampak lak sorang mamat ni juai mainan, asben pi tanya lak rege kereta control yang cute, tayar boleh berbalik2, errr....berpusing2 macamana ek nak explain, takpolah...ikutlah fahaman memasing. Haha...apa yang aku nak citer sebenarnya, bila dah tanya rege dan bargain, each tu regenya 15,000 VND, so cheap rite? dia tunjuk harga dan kita nego guna kalkulator jer...setiap kali dia taip harga, dia akan kurangkan bilangan kosong kat belakang, mcm curiga gak aku.....kalau diconvert 15k tu, mau dalam berapa hengget jer...pastu adalah couple datang lepas kami, terus beli, yang guy tu malaysian chinese, dia kata kalau kat KL mau 50-60 ringgit, kat sini dia kata mmg sangat murah...wohooo....orang tu dah blah, asben mintak 4, tapi yang kami suka tu dah tak cukup 4, dia test semua pasang bateri bagai...dan aku confirmkan rege, 4 jadinya 60,000 VND, tekan kalkulator dan tunjuk, dia angguk....ok, tapi aku cakap kat asben, murah sangat susah nak percaya, selagi tak bayar tak boleh nak kata betul ke dia ni jujur ke tak...Belajar dari pengalaman.....hiks...

Itu ini, dia dah siapkan, pasang bateri, masukkan dalam kotak,aku hulur 60,000, NO! dia cakap...dia ambik kalkulator, tunjuk 600,000 , hmmm apa lagi angkat kaki, blah lah kami, mmg Conman dorang kat sana kan....padan muka kau lah penipu...Puas hati kitaorang bila berjaya Tak ditipu sekali lagi....huhu

Related Posts regarding our trip to Ho Chi Minh City:
Travelog: Ho Chi Minh Day 1
Travelog: Ho Chi Minh Day 2

Travelog:Ho Chi Minh Day 3

Travelog: Ho Chi Minh City The Do's and Dont's

2 comments:

Kuya Hanz said...

slm kak nk minta direction lah kedai kasut clarks tu.. huhuhu plz... geram dgar... plz kak pm sy 0177008857

Kuya Hanz said...

slm kak nk minta direction lah kedai kasut clarks tu.. huhuhu plz... geram dgar... plz kak pm sy 0177008857