Tuesday, March 1, 2011

Saman oh saman...

Korang dah bayar saman? saman atas nama aku kena sampai RM 800, tak semua saman akan dapat diskaun, padahal masa tu aku belum berlesen pun lagi...hmm..itulah akibatnya kalau sewa kan kereta pada orang yang tak reti bersyukur dan buat rete macam bapak dia yang bayar, walaupun dia bayar sewa, kenalah pikir, kete tu hak orang lain kan..yang rabak poket is asben akulah, dia tolong bayar dulu, aku dok suh push member dia tu, tapi till dah last minute ni pun tadak action, bila asben call semedang jer tak angkat phone...hmm..kawan makan kawan kah????

Semalam, dgr kat radio..ada sms, sorang pompuan ni kena 37 saman, kebanyakannya sebab kesalahan parking kat KLIA, tapi yang buat salah tu semuanya asben dia dan yang lawak kereta atas nama dia (lawak utk kita tapi menyakitkan hati pompuan tu), laki dia siap buat joke kat anak dia "Nanti...bila mummy masuk penjara, kita lawat mummy every week yer.." Erghhhhhh, kalau aku jadik binik dia tu, aku confirm lari merajuk...menangis meraung, sakit ler hati.....dahler duit akan terbang ribu riban...

Dan dgr gak khabarnya semalam, yang merupakan hari terakhir bayar saman (dah 6 bulan polis kasik offer tu...nak gak bayar last minute..), system tetiba down..haru biru jadiknya, so sampailah tengah malam orang beratur nak bayar saman....

1 comment:

Dy said...

Cis laki tak guna...mujur saman yg dua tu laki ku yg bayar....walaupun kereta itu nama ku...