Tuesday, May 11, 2010

Ikhtiar: Part II

Hmmm...kesibukan, so lambat hapdate cerita ikhtiar ni

Sambungannya...


Masa ustaz letak keris kat kepala mak, mmg menggelitik mak kesakitan, adesss...kesian tgk, terangkat kaki.....ustaz kata penyakit akan keluar terus dan kita boleh tengok, pesakit akan berhenti menggelupur...


Dari kepala, ustaz letak keris kat tempat lain yang ada sakit, mcm mak, ada usus bengkak yang menyebabkan perut buncit dan masalah kenc*ng, so ustaz letak kat tempat sakit tu, menggelupur kejap, then berhenti....

Ada lebih kurang 4 fasa perubatan tu, 

Fasa 1: Check dulu BP berapa dan cek saraf kalau ada problem, cara cek saraf? Ustaz akan lentikkan jari kelingking kita, kalau kita bertindakbalas sakit, maknanya saraf ok, kalau takde tindakbalas or tak rasa sakit, maknanya something wrong..Ustaz juga akan cek problem lain yang berkaitan. Kalau perlu pembedahan batin, ustaz akan maklumkan....kena bedah. 

Fasa 2: Pembedahan batin, guna keris dan raja kayu

Fasa 3: Berurut kalau perlu (untuk wanita, isteri ustaz akan urut kan, betulkan rahim dsb, kalau lelaki, ustaz lah yang urut)
Fasa 4: Block sakit or gangguan halus dari mai semula....

Ustaz juga tunjukkan cara nak cek kita ada ke takde kencing manis pulak, tekan daging betul2 kat atas tulang kering betis kita tu, then tgk kesan tekan tu, kalau cepat naik, ok..kalau lambat naik kesan lekuk tu or kesan lekuk tu dalam, maknanya adalah kencing manis...

Asben aku ada masalah saraf dan masalah bengkak usus gak, ustaz kata sebab selalu tahan kenc*ng, hish abang ni....dulu dah kena batu karang, ni tahan2 lagi kencing tu....


Ustaz pun ada ajarkan amalan doa dan ayat-ayat quran yang bagus untuk kesihatan dan kesejahteraan keluarga, etc. Apapun, kalau yang dibelajar tu tak dapatlah aku nak kongsikan sebab menurut ustaz, belajar ilmu2 tu kena lah berguru dengan betul, kalau takat sampai2kan by kawan2, takut berlaku kesalah fahaman ke apa ke kang susah pulak kan....

Selesai berubat mak...

Bayaran? Kalau kena bedah, RM300..kalau macam aku, cuma urut wanita, RM100, urut tu dalam sejam gaklah....

Macam-macam cerita ustaz kongsikan, macam2 jugak aku ngan laki ku tanya.....ada orang kena buatan orang, 

ada jugak sorang anak dara tu kena leukimia sampai botak kepala, tak boleh makan 2bulan, jumpa ustaz terus baik, dan lepas berubat terus mintak nasik....kesian...2 pinggan dia hantam...iyolah, lapar sangat....masalahnyer doktor scan banyak kali tapi tak dapat trace kenapa dia sentiasa sakit kepala....bila sakit sgt, dia hantuk kepala kat dinding sampai bengkak2 sebab hantukan tu...

masalah lain, kalau nak rundingan untuk suami isteri dan masalah rumahtangga pun boleh...

susah nak pregnen pun boleh...

susah jodoh pun boleh usahakan....


Testimoni?
Sekarang mak mmg dah semayang berdiri, walaupun sakit sikit lutut pada rakaat pertama dengan kedua, tapi bila masuk rakaat ketiga ngan keempat, dah ok, tangan mak yang keras bengkak tu pun dah better, boleh genggam sikit dah....Semoga mak akan sembuh, aminnnn.....sayang mak....


kalau ada yang berminat, bolehlah try search kat google nama pusat perubatan islam al-mustaqim....website tu anak ustaz yang form 1 tu buatkan, pusat perubatan tu pun sempena nama dia...genius budak ni, gifted aku rasa sbb kecik2 dah pandai pasang pc, godek pc, kat rumah diaorg ada 4 pc..semua dia pasang sendiri dan dia boleh repair kete 'antik' bapak dia...baru form 1 tu....ni contact num...

USTAZ FADZLY
PUSAT RAWATAN ISLAM AL-MUSTAQIM
LOT 24, SG SELIANG ATAS,
09600 LUNAS, KULIM, KEDAH.
TEL : 012 – 497 2877

P/S: Ustaz tak sediakan ramuan ubat, dia akan bagi resepinyer untuk kita buat sendiri...ramuannya semua yang senang kita carik, in fact yang kita guna hari2, tapi kalau sakit lain, lainlah ramuannya agaknya...

4 comments:

Ms.Lilies said...

bleh bwk abah aku ni..
highblood dah stabil..
cuma br ni dpt penyakit baru..
xblh kencing pulak...
jumaat lepas masuk emergency room....
thanx mell for the info :)

ohbukan said...

oo, ya ka? lor..kesiannyer..bukan batu akrang ke? bawakler...usaha...

Unknown said...

saya nak hubungi sis dulu boleh tak..macamana ye..nak tanya bab ini

weschairs said...

Bawak pi tempat lain je la