Wednesday, September 16, 2009

Sedihnyer aku baca neh...

Ada tak korang baca kisah ni dlm paper metro today? sedihnyer aku baca...aku terbayang sekali...itu yg buat hati aku lagi tersentuh, janganlah aku jadik anak derhaka macam ni, nauzubillah....sedihhhhhhhh.....hargailah ibu bapa kita.

Ni copy kat metro..paragraphing may differ frm the original...

Buang ibu di Aidilfitri
Oleh Mary Victoria Dass maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.


Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.


“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya. (part ni...bayangkan seorang ibu tua packing baju guna kain batik..sebab..takde bag pakaian...sedihnyerrrrr)

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan. (bayangkan pulak termengah2nyer ibu tua tu berlari sambil menjerit2 panggil anak dia....sangat sedihhhhhhhhhh)

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

sambungan...

uiks...rasa mcm dah basi lak nk cerita pasal soping kt pkns aritu, dah hilang ghairah...ops...ermm..hasil rembatan ialah 2 pasang baju kurung utk my princess, sepasang baju melayu n 3 set bj tidur utk lil kimi, sepasang kurung cotton utk aku, ngan 2 lai kain pelikat utk asben...hmm..itu jerlah...plan asal nak belilah 3 pasang utk anak dara aku tu, tapi tak dpt gak bila dia mula buat perangai..nk beli kerepek pun cancel bila dia yg seberat 20.5 kg mintak pak njang nyer dukung, harus pengsan mamat tuh...

sekian saja laporan kali ini, si mkimi duk melalak ataih riba....next mission (fuh, mcm sempat lagi jer, nk carik chair pad ngan alas meja...kalau dapatler....) and oh ya...ride baru dah dpt...hehe

Tuesday, September 15, 2009

Wallet cleaning session

Semalam berjaya jugak aku ngan anak2 menjejakkan kaki ke PKNS Shah Alam yang didam2kan aku utk diserbu. Drive sendiri youuu...wakaka, gigih tuh, tapi aku dah siap import adik aku, Mamat jd asst driver aku, in case aku stuck ke apa ke..dan tolong tgk keadaan jln...

ops..laki nk amek broadband nk bwk g opis..nnt aku sambung...SAYONARA!

Thursday, September 10, 2009

Shopping raya

Kalau tahun2 sebelum ni, aku ngan sedara sesoping adalah juara soping raya, hari2 ada jer tempat nak serbu, ada jer benda nak beli...sebut jer jalan Tar, mid valley, OU...pkns shah alam..aku sua jer montot nak menumpang ikut sama..hehe...tahun lepas membawa 'perut', pegnen dalam 5 bulan, gigih pi soping sakan hari-hari tau...sapa kata perempuan mengandung tak larat? huhu..

tahun ni????hmmm...suram...percaya tak kalau aku kata tak soping lagi...what???? penyopping tegar ni belum soping raya????huhu...insafkah sudah? dah tobat ka?

alaaa...kan aku cuti unpaid..so tadak masyukkkk uangnyer...itu satu hal..tapi tak jadik isu sgt, cik abang kan ada..mesti leh kenen sikit2 utk beli baju anak2...baju aku dah beli sebelum puasa..amboiii...haa.tulah..aku jumpa aku rembat jerlah sebab time tu pun H1N1 dah start ada...aku bayangkan mmg susah nak keluar soping time puasa dgn dua kanak2 neh, time tu carik jugak baju anak2 tapi tadak juai pun..yelah, peniaga mesti pakat keluarkan stok bila dah puasa kan...sekarang pun mmg tanak pi soping time weekend.....takut wooo..anak2 aku dua2 kumpulan berisiko, bawah 5 tahun...

isnin aritu masa cuti nuzul quran, ada ke cokit (first time aku pi tau..) jakun gak aku tgk byk baju, tapi dalam mabuk tgk baju tu tak jugak jumpa baju anak2 nih, yang berkenan tadak saiz huhu...si pichah nak baju 3 pasang, kaler pink, cokelet, merah...sila sebut warna ikut aturan yang telah ditetapkan yer...pink is no. 1..heheh....kitaorg beli topeng muka buat dari kain utk budak2 nih...topeng tu bentuk kucing..hehe.cute jer...kaler pink (as usual utk kakak and red color utk kimi)..utk org dewasa pun ada..boleh match kan kaler ngan baju raya, hihi...tapi ada gak pattern kotak2, sekali aku tengok macam bra satu cup jer..hehe...

ni tgh berpikir mana lak nak pi carik..ingat nak beli sepasang baju kain cotton utk dia gak, kawan2..sila cadangkan tempat mana best dan tak crowded nak pi nyopping baju budak2 nih...baju kurung and baju melayu...PKNS shah alam best tak tahun ni? aku ingat nak mintak asben hantor kami 3 beranak kat situ pagi, then tengahari kutip kami balik rumah, nak pi sat jer...nak carik one fine day on weekdays next week..

Thursday, September 3, 2009

Seronoknyer ke dapur

Orang lain buh gambo menu buka pose, aku pun sibuk nak tempek gak..dalam dok boring2 masak yang biasa2 tu mesti nak cuba yang baru kan..ni haa antaranya...

menu dua hari lepas

sambal sotong sumbat

yg ni ntah hapa namanya tatau...

dalam fridge ada tempe sekeping, tauhu seketul, kobis sikit, ngan karot...goreng tempe, tauhu, rebus kobis and karot dan sebijik telur rebus yg digoreng...hidang ngan sos buatan sendiri...nak buat cam rojak tadak kacang lak...nak buat tauhu sumbat tadak taugeh..hantam sajalah..


sos cili

semalam, menu baru dalam list... nasik tomato



today, nak buat nasi dal, yang ni dah penah try...lauk daging goreng ala sweet sour, kuah dalca ngan kerabu kacang boto...match ka? gasakler kan..

Wednesday, September 2, 2009

Monkey business..


Ini betul2 punya monkey tau...snap gambo ni dkt tempat perjumpaan monyet2 ni time org lalu lalang bagi makan...dekat gak ngan area rumah...anak beranak beruk ada, siap ada kelek baby, cute lak baby nyer, punya mewah monkey kat sini, byk betul org bagi mkn...kekadang tengok berlonggok buah, maybe penjual buah lt pasar mlm sedekahkan buah2 yg tak habis tu..tapi yg tak bestnyer, plastik. kertas2 pun disedekah sama....sakit lak mata tgk sampah gitu


Weekend aritu


Sabtu tu, sempena besday adik aku tu, adalah makan2 kat umah mak...sebelum tu, dalam pukul 3 lebih aku satu famili angkut adik aku tu pi pilih hadiah dia, haha...harus diingatkan hadiah yang akan dibelinyer sendiri hoccay..ni lah gayanya..ngetest2....


Sebelum balik pi singgah Kajang, pi beli Do*ino Pi*a ngan K*C...sampai umah mak dah dekat pukul 7pm, sgt seronok sbb dah dekat nak buka pose...huhu..mak masak nasik...mee hoon goreng..air tembikai laici...ada tapai ngan putu bambu ngan putu piring gak, kuih apam....semuanya yummy..!!!



Sangat kenyang sampai tersandar lepas tu..tapi ada second round yer lepas terawikh..haha...takelh tahan beb...makan lagi... terasa naik 2kg malam tu..hehe