Thursday, May 13, 2010

Mother's Day...

Jumaat aritu 2 hari sebelum mother's day, balik dari opis, singgah taska pickup anak2 tengok-tengok pichah takde..eh..mana lak....kakak tu bgtau babah dia dah ambik, hish...laki aku ni, tak reti nak bgtau ke...tipon ke sms ke, bikin cemas aku jer setengah minit....babahnyer ambik kakak jer, bawak gi giant lah tu..aku assume, adik ditinggalkan sbb nanti tak terhandle pulak....

Balik rumah, dorang dah ada kat rumah, babah turun sambut mama ngan adik balik tapi kakak kat atas...bila tya, kakak buat apa...kakak tengah tulis, babah kata..

Hehe, dlm hati mcm dah agak jer ada projek rahsia hari ibu nih..cuma takleh nak pastikan apalah hadiahnyer kan..maybe cincin sebentuk ke...sbb asben pernah mention nak belikan cincin, hiks...aku mmg suka cincin..cincin emas yang muat skang cuma ada satu jer....hihi...tapi rasanya itu bakal hadiah annibersary bulan depan, kan bang? haha....

Aku naik atas, kakak tgh nak bungkus sumething, pastu kakak halau aku..wakaka....cute jer aku tengok...

Ahad tu, kakak bagi hadiah tu masa celebrate mother's day kat rumah mak, anor yang jadik penganjur makan2 kali ni, menu utama BBQ ayam, daging, sotong, udang....


Nak tau hadiah nyer?

Ni haa....sekeping kad yang ditulis by pichah and also kimi...tak percaya kimi boleh tulis? tengok gambar ke 5 tu haaa...dialah 'sign' tu...kakak belikan mama sehelai baju tshirt begemerlapan, lip lap gitu.....tak snap gambo pulok, ada kat rumah nak basuh dulu....terima kasih abang, terima kasih kakak...terima kasih kimi...i love u all...muah.....muah....

Acara wajib budak princess dua orang ni, mandi bersama-sama lama-lama, pehtu bungkus kepala pun sama-sama

Tuesday, May 11, 2010

Ikhtiar: Part II

Hmmm...kesibukan, so lambat hapdate cerita ikhtiar ni

Sambungannya...


Masa ustaz letak keris kat kepala mak, mmg menggelitik mak kesakitan, adesss...kesian tgk, terangkat kaki.....ustaz kata penyakit akan keluar terus dan kita boleh tengok, pesakit akan berhenti menggelupur...


Dari kepala, ustaz letak keris kat tempat lain yang ada sakit, mcm mak, ada usus bengkak yang menyebabkan perut buncit dan masalah kenc*ng, so ustaz letak kat tempat sakit tu, menggelupur kejap, then berhenti....

Ada lebih kurang 4 fasa perubatan tu, 

Fasa 1: Check dulu BP berapa dan cek saraf kalau ada problem, cara cek saraf? Ustaz akan lentikkan jari kelingking kita, kalau kita bertindakbalas sakit, maknanya saraf ok, kalau takde tindakbalas or tak rasa sakit, maknanya something wrong..Ustaz juga akan cek problem lain yang berkaitan. Kalau perlu pembedahan batin, ustaz akan maklumkan....kena bedah. 

Fasa 2: Pembedahan batin, guna keris dan raja kayu

Fasa 3: Berurut kalau perlu (untuk wanita, isteri ustaz akan urut kan, betulkan rahim dsb, kalau lelaki, ustaz lah yang urut)
Fasa 4: Block sakit or gangguan halus dari mai semula....

Ustaz juga tunjukkan cara nak cek kita ada ke takde kencing manis pulak, tekan daging betul2 kat atas tulang kering betis kita tu, then tgk kesan tekan tu, kalau cepat naik, ok..kalau lambat naik kesan lekuk tu or kesan lekuk tu dalam, maknanya adalah kencing manis...

Asben aku ada masalah saraf dan masalah bengkak usus gak, ustaz kata sebab selalu tahan kenc*ng, hish abang ni....dulu dah kena batu karang, ni tahan2 lagi kencing tu....


Ustaz pun ada ajarkan amalan doa dan ayat-ayat quran yang bagus untuk kesihatan dan kesejahteraan keluarga, etc. Apapun, kalau yang dibelajar tu tak dapatlah aku nak kongsikan sebab menurut ustaz, belajar ilmu2 tu kena lah berguru dengan betul, kalau takat sampai2kan by kawan2, takut berlaku kesalah fahaman ke apa ke kang susah pulak kan....

Selesai berubat mak...

Bayaran? Kalau kena bedah, RM300..kalau macam aku, cuma urut wanita, RM100, urut tu dalam sejam gaklah....

Macam-macam cerita ustaz kongsikan, macam2 jugak aku ngan laki ku tanya.....ada orang kena buatan orang, 

ada jugak sorang anak dara tu kena leukimia sampai botak kepala, tak boleh makan 2bulan, jumpa ustaz terus baik, dan lepas berubat terus mintak nasik....kesian...2 pinggan dia hantam...iyolah, lapar sangat....masalahnyer doktor scan banyak kali tapi tak dapat trace kenapa dia sentiasa sakit kepala....bila sakit sgt, dia hantuk kepala kat dinding sampai bengkak2 sebab hantukan tu...

masalah lain, kalau nak rundingan untuk suami isteri dan masalah rumahtangga pun boleh...

susah nak pregnen pun boleh...

susah jodoh pun boleh usahakan....


Testimoni?
Sekarang mak mmg dah semayang berdiri, walaupun sakit sikit lutut pada rakaat pertama dengan kedua, tapi bila masuk rakaat ketiga ngan keempat, dah ok, tangan mak yang keras bengkak tu pun dah better, boleh genggam sikit dah....Semoga mak akan sembuh, aminnnn.....sayang mak....


kalau ada yang berminat, bolehlah try search kat google nama pusat perubatan islam al-mustaqim....website tu anak ustaz yang form 1 tu buatkan, pusat perubatan tu pun sempena nama dia...genius budak ni, gifted aku rasa sbb kecik2 dah pandai pasang pc, godek pc, kat rumah diaorg ada 4 pc..semua dia pasang sendiri dan dia boleh repair kete 'antik' bapak dia...baru form 1 tu....ni contact num...

USTAZ FADZLY
PUSAT RAWATAN ISLAM AL-MUSTAQIM
LOT 24, SG SELIANG ATAS,
09600 LUNAS, KULIM, KEDAH.
TEL : 012 – 497 2877

P/S: Ustaz tak sediakan ramuan ubat, dia akan bagi resepinyer untuk kita buat sendiri...ramuannya semua yang senang kita carik, in fact yang kita guna hari2, tapi kalau sakit lain, lainlah ramuannya agaknya...

Thursday, May 6, 2010

Ikhtiar:Part I

Sabtu lepas, aku ngan famili, mak ngan anor pi kulim...nak bawak mak berubat dgn ustaz yang mak Jamal pi dulu.....errr...for ur info, Jamal is geng aku sejak dari UUM, ahli tetap geng 8-10 yer....menurut kata jamal, sekali jer dia bawak mak dia berubat situ, terus baik kencing manis ngan darah tinggi...mak dia sebelum tu dah 2 kali collapse kat rumah...since dgr jer kata mak dia terus baik, aku dah bekira2 nak bawak mak...tapi plan asyik tertangguh.....mak berharap dapat pegi since aku cerita kat mak dulu....akhirnya sabtu tu ada rezeki, dapat kami bawak mak berubat ke sana...

mak punya diabetes mmg dah kena cucuk insulin dah sejak beberapa tahun, darah tinggi pun mmg tak turun2, yelah...macam2 nak dipikirkan oleh mak tu...
sebelum ni dah banyak tempat mak cuba berubat, tapi tak ok pun...tangan kanan mak dah start keras, bengkak dan tak boleh nak genggam...mak pun dah lama sangat solat duduk di kerusi, kesian mak....sebelum2 ni ada jugak adik aku bawak mak berubat ke Johor, ke Kuang, ke Darus Syifa'...etc..tapi masih belum nampak hasilnya...masa kat kuang tu kaedah ustaz tu berubat, ketuk guna ranting kecik, tapi kesan lebam kat tempat sakit mak, ya rabbi...macam orang kena belasah teruk, mak serik nak pegi kali ke-2...yelah, aku yang nengok pun ngeri, sakit tu sampai berminggu-minggu....

kami bertolak dari rumah pukul 8 lebih, sampai rumah mak dalam pukul 9 lebih, pehtu pi singgah pekena roti canai dulu kat gerai faveret laki ku...lepas makan dan minum, dekat pukul 11am gak bru betul2 perjalanan ke kulim bermula...


cuaca masa awal bertolak tu ok, tapi masa kat highway belah perak, start hujan, sesetengah tempat berenti kejap, pastu sambung balik, hujan yang lebat....aku berdoa sepanjang jalan, yelah, kami bukan biasa berjalan jauh...kalau dulu2 masa kat opis lama selalulah jugak aku out station jauh2 kan tapi dah bertahun tak jalan jauh gitu.....kedah tu mmg kira jauhlah buat kami yang pure selangorian ni...pure kah???? hiks....


bila dah dekat ngan jambatan penang, mata dibuka luas2, kata org, exit kulim before exit ke jambatan penang tu...ok, nampak signboard...teruskan perjalanan, ikutkan alamat yang diberi rumah ustaz tu kat Lunas..kami pun terus ke lunas...pusing2 tak jumpa...alamak...mana ni? ikut alamat penuh, no 23, kg seluang atas, lunas, kulim, kedah.....call balik ustaz, wife dia yang akbgkat, bagi direction....carik2 semula, alhamdulillah, jumpa jugak...Pusat Perubatan Al-Mustaqim....


First thing, ustaz cek BP mak..erk.....error beb bacaannya, maknanya terlalu tinggi....oh tidak..kesiannya mak, mesti sebab keletihan travel jauh kan.....pehtu ustaz ajak layan borak....cerita background dia..dulu dia O&G kat HUKM, then masa umur 50 tahun berhenti, sambung belaja kat universiti madinah....then terus buat perubatan alternatif tu, bukak pusat rawatan yang jugak merangkap rumah dia...ustaz tu tunjuk gak rancangan expose mistik yang dia masuk...ohoo..glamer lah gak ustaz ni, cuma kitaorg jer tatau....


then, cek semula BP mak, mmg very high, aku pun tak ingat readings nyer...then ustaz kata mak kena buat pembedahan batin...erk...? camno tu yer....tunggu laporan penuh bergambar dalam Ikhtiar Part II. Jangan biarkan diri anda tertanya-tanya...teruskan bersama kami untuk laporan selanjutnya... ecehh...ada bakat tak jadik host rancangan mistik, hihi...silap haribulan, host yang lariks dulu dari tempat kejadian....



Thursday, April 29, 2010

Tolong.....!


Tolong...nak buat tajuk aper proposal paper for HLP ni haaaa......?????!!!!!




Wednesday, April 28, 2010

Kisah jiran

Jiran sebelah rumah, kak zai, baru jer bersalin tak sampai sebulan lepas, dua minggu lepas bersalin kak zai berpantang di rumah mertua, lepas dia balik ke rumah dia, aku pi melawat baby baru, ini anak ke-4 kak zai, tapi anak first meninggal. masa jumpa kak zai tu, dia bgtau dia pening kepala and anak dia kuning, aku kata maybe sebab bleeding banyak or tak cukup rest sebab tu jadik pening, kak zai kata, kalau dia pegang cawan pun boleh terlepas, pecah, hanyut mcm pitam...aku sarankan kak zai ke hospital dan tanya doktor, lagipun baby pun masih kuning. Baby kak zai breastfeed anak dia....

Kak zai cerita, masa hujung2 pregnancy aritu, dia sakit belakang yang teramat sampaikan nak berjalan, kena seret kaki, tak boleh nak angkat....then, masa last checkup 31 Mac tu, sepatutnya set appointment untuk ceaser, tapi baby dah nak keluar, so terus bersalin awal dari jangkaan yang sepatutnya tengah bulan April..ikutkan sejarah, anak yang lain semua takde yang awal...mengikut jangkaan semuanya...tapi takde expect anything serius..assume as pembawakan lah...

So, the next day, kak zai ke hospital, sejak hari tu...kak zai dan family tak balik-balik juga, adalah dekat dua minggu dah, isnin baru ni, dua hari lepaslah kan....aku tengok bibiknyer ada kat rumah, aku pun tanya kot kak zai dah balik rumah, nak menjenguk lagi....tapi bibik kata kak zai masuk hospital (masuk wad), kepala ada ketumbuhan...ya Allah...ye ke? kesiannya....tengahari tu masa aku nak keluar dengan adik aku, nampak asben dia kat luar baru balik dari sekolah maryam (anak dia)..aku pun tanya status kak zai...


Aku:  Assalamualaikum....
Jiran: Waalaikumussalam....(sambil berjalan menghampiri pagar yang memisahkan rumah kami)
Aku: Kak zai macammana yer?
Jiran: Kak zai......kepala dia....otak dia bengkak, ada tumor...lepas tu, doktor check lagi, paru-paru dia ada kanser, dah merebak ke liver dengan buah pinggang dia....Doktor pun tak tau macammana boleh jadi gitu.
Aku: ohh...(tak tau nak kata apa)....hari tu masa kak zai kata sakit kepala ingatkan sebab bleeding banyak...Ada simptom apa2 sebelum ni?
Jiran: Itulah, kita ingat sebab bius ke...mmg takde simptom apa2...Jumaat ni baru tau jenis kanser.
Aku: Baby siapa jaga..?
Jiran: Adik saya jaga, adik ipar jadi ibu susu....
Aku: Baby kuning aritu dah ok?
Jiran: Dah ok dah....
Aku: Kak zai kat wad berapa? Kat hospital selayang kan...
Jiran: Wad 9, katil 23..
Aku: InsyaAllah lah, nanti nak melawat lah kak zai...abang sabar yer, kita sama-sama doa...
Jiran: Terima kasih...


Aduhaiiii.....terpempan sekejap aku, bayangkan, anak dia tiga orang, yang sulung, maryam baru 7 tahun, yang kedua Fateh, baru 2 tahun, dan Fatah, baru nak masuk sebulan, injection pertama pun belum lagi...ya Allah, besar dugaan untuk jiran aku sekeluarga...semoga Allah pelihara mereka, semoga kak zai terus bersemangat untuk berjuang to fight the illness...al-fatihah atas nama kak zai untuk sama-sama didoakan kesejahteraan kak zai...



Sedih bila aku tengok maryam isnin haritu,....masa terjumpa dia di Gi*nt, dia terpa kat aku, pegang tangan aku then tanya “Mana nafeesa..?” bertanyakan pasal Nafeesa. Dah lama jugak dorang tak bermain sama sebab Maryam takde kat rumah, aku jawab , “Nafeesa kat taska....,mama macammana kakak?” “Ermmm...mama oklah....” dia still kecik dan tak paham, rasa nak menangis jugaklah bila tengok dia, happy jer, bukan tau sangat pun kan....macammanalah nanti nasib diorang tiga beradik..apapun, harapan masih ada...

Bilalah ada peluang aku nak melawat ni, sedihnyerrr......