Showing posts with label current issues. Show all posts
Showing posts with label current issues. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Krisis Siber Negara

Kesian kan negara kita kena attack oleh penggodam yang menamakan dorang 'Anonymous'....


ini adalah ekoran SKMM memblocked website2 download free/illegal..Impak paling besar pada negara is imej...semua pejabat kerajaan diarahkan untuk membuat reporting setiap jam bagi memastikan sebarang aktiviti hacking dapat dikesan...nak tau lanjut? klik sini

Dorang marah sgt katanya malaysia negara paling strict..yelah, kita ada reason kenapa nak buat gitu, tapi...kita pun, kalau nak cuba block, maybe kena sikit2 dan bukan sekaligus banyak2...mcm jolok sarang tebuan lak...hmm..apapun, ini semua pengajaran untuk kita...maybe lepas ni, kerajaan akan bagi bajet lebih utk security in ICT...dan maybe SKMM juga boleh buat perbincangan dgn pihak tertentu sebelum block those website...hackers ni, kekadang mmg saja carik isu untuk dorang test skill dorang...

Masalahnya....dapat tak kalau kita track balik dari mana serangan tu dibuat dan tahan penjenayah siber tu? hmmm..that one aku takleh jawab....semua diminta stand by sehingga keadaan benar2 clear dari sebarang ancaman. err...kita ada tak forensic gitu?

Kesan daripada krisis ni juga, team building kami yang sepatutnya berlangsung today sampai sunday di Bukit Gambang Resort City ditangguhkan ke bulan depan...huhu...sedih gak sebab penat kami sbg urus setia merancang dan bertungkus lumus jadikan tema building satu realiti (dah 4 tahun bahagian kami tak team building, kesian kan..) last dulu tahun 2007, aku pun tak masuk sini lagi...so, AJK kelab dah tanam azam nak jadikan tema building tahun ni menjadi gak..tapi apa boleh buat, last minte, petang smlm, pukul 5.05pm, kami decide to postpone....yelah, kalau procedd pastu web kita ke sistem kita ke kena hack...then MKN call tadak berjawab, mau mampos nak menjawab nanti...elok2 tgh krisis siber,baik punya kita swimming kat water park gambang, tak ke haru jadiknya...

Memula tu decide team in charge jer tinggal..tapi masalahnya, dahler seramai 14 orang kakitangan tak pi, ni nak tambah lagi 3 orang, tinggal 22 orang terkontang kanting, mcm tak best gak....last2 bincang balik...tangguh...

Thursday, February 10, 2011

Alangkah merepeknya..

Tadi baca dalam paper, Paris Hilton convert to Islam, i doubtlah, so search kat net...jumpa ni haa.

Paris Hilton Converts to Islam

http://www.dailysquib.co.uk/entertainment/2636-paris-hilton-converts-to-islam.html

By


Paris Hilton Converts to Buddhism

http://www.dailysquib.co.uk/entertainment/2645-paris-hilton-converts-to-buddhism.html

By


Bukanlah minat minah ni cuma nya dia terkenal, pemes kan...so nak tau gak..manalah tau mcm arwah Mikhail kan...(MJ)...mmg betul dah islam...maybe gak paris ni sebenarnya masih tercari2 pegangan yang sebenarnya dan kita doakan jugak semoga Allah bagi petunjuk...aminnn, bukanlah pada dia seorang tapi pada semua yang Allah lebih Maha Mengetahui...

Thursday, July 2, 2009

Indonesia lancar roket ke angkasa lepas

Petikan paper Berita Harian today..hebat kan negara jiran, senyap2...tiba2 jer dah ada roket sendiri...Malaysia bila lagi? Masih dengan "angkasawan" jer ke?

JAKARTA: Indonesia berjaya melancarkan roket buatannya sendiri ke angkasa lepas hari ini, iaitu sebahagian daripada rancangan menghantar satelit ke orbit menjelang 2014, kata pegawai rasminya.

Roket RX-420 dilancarkan daripada tapak pelancaran di daerah Garut, wilayah Jawa Barat kira-kira jam 8 pagi tadi.

"Roket RX-420 berjaya dilancarkan pagi ini, Kami sangat gembira," kata jurucakap Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas, Elly Kuntjahyowati di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu lagi roket yang berjaya diuji tahun lalu akan digabungkan dengan RX-420 bagi membawa satelit ke orbit menjelang 2014.

"Kami menguji roket berkenaan satu persatu," katanya. - AFP

Monday, June 15, 2009

What's HOT and what's NOT

Panas...panas...hangat..hangat....

Cuaca sekarang dengan fenomena El-nino menjadikan siang malam panas sesangat, si kecik aku, tido berpeluh2....

Musim panas ni, ditokok lagi dengan kegawatan ekonomi seluruh dunia...semua jadik panas...hati panas..punggung panas....ramai orang mudah hilang sabar time panas ni. Senang jadik baran, pemarah....so, sekarang is definitely not the right time to carik gaduh with anyone and kena keep cool and bertenang sentiasa...as small fight boleh bertukar ganas...

Perasan tak, dengan "kepanasan" global (ekonomi dan cuaca) ni jenayah pun makin meningkat kan?..yelah...org semakin panas hati..panas punggung dok kat rumah dengan duit yang makin berkurangan, dan ada yg ambik jalan songsang, mencuri, meragut,merompak.....Ada org kata, itu jalan mudah. Apa yang mudahnyer? Bukan ke lagi susah...? Kena rancang strategi (yang aku rasa tentunya memeningkan kepala hotak)....pastu masa buat "kerja" tu mesti sentiasa berdebar dan dalam ketakutan takut tetiba get caught red handed...bukan ke boleh sakit jiwa, sakit jantung dibuatnya... Dan, lagi parah kalau mmg tertangkap...malu diri sendiri, malu keluarga, bangsa dan negara..rekod dalam agama pun dah terpalit kat bahu kiri lah of course..


Dan sekarang, perompak dah tak tunggu malam utk merompak, siang2 waktu terang depa menyerang...bahaya kan? Kes merompak, meragut, mencuri ni dah byk sgt yang menyebabkan orang mati, menyusahkan hidup orang lain...macammana agaknya nak kurangkan yer? (Soklan ni utk pikir sendiri, takde lah nak tag sesapa..tapi kalau ada idea, boleh gak share...) We all are living in danger and terror kan, especially when we are raising kids.....hmmm....terlalu banyak benda nak risaukan....Apa yang boleh kita buat, beware, aware and avoid....and after that, memang berserah....semoga Allah lindungi kita semua dari all bad things....

Sekarang pun kempen green tgh berlangsung, kalau tgk dokumentari "Home" by French film maker Luc Besson memang boleh insaf dan rasa takut sgt dengan apa yang kita dah buat dengan bumi kita.....towards kemusnahan...Shot dan kualiti gambar mmg hebat sesgt....all shud view this documentary....After tengok tu, kita semua mesti wonder Berapa lama sangatlah agaknya bumi kita dapat bertahan..Ayuh, let's do our part...no matter how small....we can start by avoid using plastic bags while shopping, reduce usage of air-cond, start car pooling.....recycle....tanam pokok....

Friday, May 1, 2009

Biarlah penat pun....say no to MAID

Bila sebut pasal Maid...hmm...macam-macam cerita pernah kita dengar dari kawan-kawan, sedara-mara...dengar kat radio, tengok kat tv, baca kat paper...cerita tak elok lagi banyak dari cerita yang baik-baik..

memanglah orang kata nasib-nasib jugak kalau nak dapat maid yang baik...macammana kita nak ambik risiko untuk dapat 'nasib' yang macam tu...kalau dah terdapat yang tak baik macammana...? nak ke aku pertaruhkan rumahtangga aku, anak-anak aku, kehidupan aku semata-mata nak memudahkan sikit kerja-kerja rumah (betul ke dorang menyenangkan kerja kita???)...dari cerita kawan-kawan (kak baiduri...kak borgeeb..mama_anggun....etc) macam-macam kisah maid ni....paling kerap yang kita dengar...lain yang kita suruh lain yang dia buat...ataupun awal2 keje ok lagi...bila dah masuk setahun mula buat perangai...benda2 gitu mungkin boleh terima lagi tapi bila kita dengar cerita2 maid dera budak2...sepak terajang, bagi makan taik...tinggalkan anak2 kat rumah gitu jer dia lari dari rumah.. (it happened to my cousin)...etc.......pecah belahkan rumahtangga orang....guna ilmu hitam....nauzubillah, itu semua aku takleh terima..

lagi satu, aku sentiasa tamakkan kasih sayang anak2 aku, aku tanak share kasih sayang tu dengan orang luar apatah lagi yang takde kena mengena langsung dengan darah daging kita....memanglah as working wife and mother..ada kalanya kerja2 rumah begitu memenatkan..tapi biarlah...asalkan anak2 depan mata, aku yang jaga...kerja2 rumah kita buatlah setermampu kita...(baru lepas baca posting kak baiduri...)

aku rasa...ambik maid os one last option...kalau pun nak ambik maid..
- biar aku berhenti kerja, maid akan bantu aku buat kerja rumah with me at home...
atau
- carik yang part time...office hour only (itupun kalau boleh tanak)

kalau ambik maid aku berani gerenti, jiwa aku takkan tenang, akan sentiasa teringat anak kat rumah....dah makan ke..ok ke...sihat ke..apa maid masak untuk dorang...ada ke maid tu cubit2 ke pukul2 ke budak2 tu....then bila nak outstation lak, camner nak tinggai asben ngan maid kat rumah...bukan tak percaya pada asben sendiri tapi tak percaya pada maid dan tak percaya pada syaitan...

asben yang dah tua bangka pun kalau keluar rumah kita mesti doakan kesejahteraan dia right....kalau balik lambat pun kita risau...kot ada apa2 tengah jalan....ini apatah lagi tinggalkan asben kat rumah dengan perempuan lain (suka hatilah orang nak gelakkan aku ke sebab ni..tapi....nak buat camna..dah sayang laki..hehehe) and definitely aku pun tanak share asben ngan orang lain...

hmmm...aku ni, dah nama pun perempuan,Dato' Dr Fazillah Kamsah pun selalu sebut, orang perempuan ni hobinya RISAU... sedangkan takde maid pun asik risau jer macam2 pasal anak2 dan asben...we just want them to be safe all the time, right....?

bagi aku, walaupun hubby berniat baik nak carikkan maid untuk bantu kerja-kerja rumah, bagi aku..takpelah..biarlah penat pun, namun nak ambik maid....is not in the list for the time being...