Showing posts with label perihal cuti tanpa gaji. Show all posts
Showing posts with label perihal cuti tanpa gaji. Show all posts

Tuesday, July 7, 2009

Syukur..cuti ku lulus

Alhamdulillah semalam dapat panggilan dari kerani yang jaga cuti, Ya*i, (pagi2 aku dah sms tanya dia) dan dia bagi tau, "Kak mel, cuti akak lulus...."...alhamdulillah..mekasih ya*i...

Gumbiranya diriku...so, officially i won't be back in the office till end of Sept. hehe...

Pasal pool lak, boss belum buat decision...so, we'll just have to wait...

Search kat google happy and excited...jumpa gambo neh...sesuwaiii...

Wednesday, June 17, 2009

E-mel untuk boss....

Adehh....payah gak nak ngarang emel untuk issue semalam tu...dari semalam dok merangka ayat dalam kepala...akhirnya tadi..jam 10.27am aku send emel ni pada big boss, small boss....cc pada admin and my ex-boss Puan N. Hopefully ayat2 emel ni takde yang menyakitkan hati mana-mana pihak.

Nilah emel nyer kalau rajin u all nak baca..hehe

Assalamualaikum wbt dan salam hormat,

Y. Brs. Dr/Tuan,

Apa khabar Dr./tuan? Diharapkan Dr./tuan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Untuk makluman Y. Brs. Dr./tuan, CC telah menelefon saya dua hari yang lepas dan memaklumkan tentang cadangan untuk pool kan saya berikutan cuti tanpa gaji. Untuk itu, saya rasa itu adalah solution yang terbaik memandangkan kerja-kerja yang tertangguh harus dilaksanakan di samping kerja-kerja semasa yang pastinya semakin bertambah.

Saya juga ingin memohon maaf kerana memohon penangguhan cuti tanpa gaji sehingga September. Ini adalah disebabkan beberapa perkara peribadi yang membuatkan saya terpaksa menambah cuti tersebut, kalau diikutkan perancangan asal, memang bulan Julai saya akan masuk kerja semula tetapi, itulah, bila perancangan sedikit drag, saya terpaksa mencari option, dan option yang terbaik setelah diteliti ialah menangguhkan lagi cuti.

Semasa mendapat panggilan daripada CC, saya tidak dapat berbincang dengan details sebab anak kecil menangis pula masa tu. Namun, saya menghubungi Puan N****** dan memaklumkan kepada Puan N
******.

Saya tidak akan cuba pertahankan post saya sedia ada kerana bagi saya itu satu tindakan yang mementingkan diri. Pastinya terlalu banyak perancangan yang ada dan perlu dilaksanakan. Bagi saya, pool itulah solution terbaik dalam memastikan segala perancangan Program Perkhidmatan Aplikasi khususnya dan IMATEC secara keseluruhannya dapat diteruskan dengan lancar.

Selain itu, saya sedia untuk di pool bukan dengan niat untuk berdegil dengan keputusan saya tetapi saya betul-betul perlukan cuti ini .

Adalah diharapkan solution pool ini dapat mewujudkan win win situation kepada semua pihak dan saya memohon maaf sekali lagi kerana telah membebankan banyak pihak. Sekiranyalah saya tahu pool merupakan option yang boleh dibuat bagi mengelakkan segala penangguhan tugasan sebagai implikasi cuti tanpa gaji ini, mungkin saya akan cadangkan pool sedari awal lagi . Bagi saya, apa yang paling penting ialah memastikan kelancaran semua tugasan dan perancangan organisasi.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Y. Brs. Dr. diatas budi bicara dengan merisik dahulu dengan pihak saya berkaitan cadangan untuk pool itu.

Sekian, terima kasih.


Ok ke? Tolong komen....Mekasihhhh....

(tak expect lak boss2 sayang akan diriku..hukhuk...terharu laks...)

Tuesday, June 16, 2009

Pool..? Swimming pool...? Car pool...?

Aku kan nak sambung cuti, so aku dah submit surat tangguh till Sept ni, thanks to kak dy jdk posmen....Surat tu aku mintak tolong kak dy submit last week, friday....Yesterday, CC called...dia tanya kat aku, big boss tya, perlu ke aku tambah cuti? so aku kata aku perlu cuti tu utk blajo kete..ops...pechah rahsia...kehkeh...Then CC bgtau, big boss suggest aku di 'pool' kan...hmm...takpelah....aku rasa ok jer kot sebab kalau aku tak agree, i'll be selfish lah kan, kesian org lain tanggung beban aku dan kalau aku nak remain tempat aku yg sama sekarang, meaning that aku tak akan extend cuti aku....CC kata kalau aku di pool, aku mungkin tak dpt stay dlm the same programme...So, i guess aku kena pool kat IN*AN lah cuma tanpa penempatan...

Today,my ex-boss, Puan N pulak call...aku agak the same thing..My ex-boss ckp berlapik, dia kata tak sampai hati nak cakap....tapi since aku dah tau dr cc semalam, aku sebut jer lah....."Kena pool eh, puan?"...dia mcm serba salah gak nak bgtau...takpe puan, i understand dan aku bgtau aku terpaksa teruskan niat untuk tambah cuti sebab..as mentioned above...Since asben pun dah tukar tempat kerja kat Subang, kalau aku tak drive, jenuh nak nunggu time balik, mesti every day lepas maghrib baru dpt balik, then kalau nak car pool ngan jiran ku, mama_anggun, oh tak sanggup aku nak nyusahkan dia dah...dan takkan muat ler kete dia, kang bertindan2 lak kekanak tu...seksa depa nanti...Aku tya gak...big boss marah ke? Puan N kata tak tp current KP lah bising since sebelum ni lagi sebab kata dorang perlukan org...hmmm....kalau aku tau, dari awal lagilah aku sudi di pool kan...takdelah nyusahkan orang lain, as a boss dia ada perancangan dan SKT the whole programme dan sewajarnyer lah dia worry, tapi...naper tak bgtau aku dari sebelum aku cuti dulu? hmmmm...

Aku tya gak kat Puan N, kena pool kat JPA ke puan? Yup.....to JPA off I'll go....aku rasa option tu shud be ok and the best for all..aku takde rasa kecik hati cuma rasa a bit bersalah sebab nyusahkan program aku especially....but i do need this cuti badly gak....Hopefully luluslah penangguhan cuti aku iteww.....

Ada peluang gak aku menebar kan sayap mencarik rezeki ke agensi lain kalau aku di pool kan kan?

Friday, June 12, 2009

Sekejap ajer rasanya...

Apa yang sekejap...?

Sekejap sangat cuti tanpa gaji 3 bulan nih...? haah..sebab tu aku dah submit surat tambah cuti lg dua bulan...harap2 dapat kelulusan...aminnnnn ya rabbalalaminnnn....

Sebenarnya aku rasa sekejap jer tengok anak2 ni.... dah makin membesar...

Kakak dah nak masuk 4 tahun bulan lapan ni (mama dah janji nak belikan cake princess)...tahun depan masuk tadika...walaupun sekarang pun dia dah sibuk nak gi sekolah tapi takpelah, start next year yer sayang...hehe..dari umur 3 tahun dah sibuk nak gi sekolah sebab tengok kengkawan yang 4 tahun dah gi sekolah, tapi memandangkan mama cuti tanpa gaji quite lama gak ni, mcm rugi plak nak antor ke sekolah pastu bercuti lebih lama dari bersekolah.
posing dengan boots baru..anak mama betul, minat boots....ngehngeh...

Kimi pulak dah 4 bulan sekarang, masa umur dia 3 bulan lebih aritu dia dah start meniarap...sekarang dia dah boleh berguling, dan dia dah start menyelar (gerak) ke depan...kalau letak ataih katil memang dari hujung ke hujung, kejap2 kena jenguk..kang btak pasal2 bedebuk jatuh katil lak..ish....kimi dah start pegang barang, dah start isap tangan (bukan isap jari tapi tangan tu ditokaknyer..), dah start pandai tarik rambut mama, rambut kakak, tarik spek mama....gelak...heheh...suka sesangat bila first time dengar dia gelak....dia ni lambat sket gelak berbanding dengan kakak....kakak masa hari betul2 3 bulan tu dia gelak...tapi kimi lambat sket, pastu puas jugak nak suh dia gelak..kena tau kaedahnyer...mama jer yang tau camna nak buat dia gelak buat masa ni....tapi kimi memang murah senyum...asik senyummmm jer..sejuk hati mama nengok..
Tapi sekarang dah seminggu suara kimi serak jer...malam2 selalu nangis, bawak jumpa doktor, kot lah dia sakit tekak, tapi doktor check kata takde apa, maybe sebab sekarang cuaca berjerebu, maybe ada kahak tersekat kat tekak sebab tu dia tak selesa..dan benda tu tak merbahaya.....errmmm hopefuli gitulah dan takde benda lain yang memudaratkan...


Hmmmm.....rasa macam baru jer mengusung dorang dalam perut ke hulu ke hilir....Rasa macam satu kepuasan dapat tengok perkembangan penting anak2...dari lahir, bila start senyum, star ketawa, start meniarap, merangkak..etc....Masa kakanyer dulu, lepas habis jer cuti berpantang aku terus kena g out station ke Sabah, pastu berturut2 asik ke outstation, i did missed a lot during her first few months....so skang aku tanak rasa terkilan tak dpt tgk anak membesar depan mata....so...kalau anak ke-3 nanti...aku nak cuti setahun...wahaha...kalau ada rezeki dan diizinkan Allah SWT lah....

Gambar2 selingan, hobi 3 beranak ni...hehe...si kecik pun dah start tunjuk minat tgk notebook...