Monday, June 29, 2009

Wedding @ Dewan DBP

wedding cousin ni on 20 jun 2009 lepas, tp baru sempat upload, sila layan yer...


"mengumumkan...ketibaan mempelai...."pengacara majlis cilik (bolehlah berduet ngan mama nanti jdk mcee mana2 event, kita buat bisnes event mgmt ek, dik)


"Eh, ada media ambik gambar, pose sikit kt mic..."

tadaaaa...pengantin yg diraikan...(?????)

kakak posing ngan umi cu nyer...


Sebenarnya pengantin dah hbs sesi berphoto...kami plak sibuk2 bergaya kt pelamin...kasik can lah kan...dulu ms kawen kami tadak pelamin, tgk pelamin ni cantik sgt, simple but nampak mewah and elegant....

Authentic 3 layer tea

Semalam masa balik dari umah mak after zohor, berpikir nak mkn kat manalah ni....mak suh tunggu makan dulu tp ada nak singgah ke kedai, so gerak jerlah keluar dr umah mak...kitaorg laki bini bukan reti sgt carik tempat mkn....selalu mkn tempat yg sama jer....dalam pada asben dok pikir2 nak mkn kat mana..... aku suggest ayam kampung velodrum...asben takmo....sampai dekat area rumah....aku suggest MJ...asben masuk ke jalan ipoh lak....pastu patah balik and kami menuju ke MJ for lunch, masa tu dah kul 3 lebih...

Sampai food court, kakak nak mkn mee pedas (mee goreng ler maknanyer)....so aku order kat gerai yang kuew teow goreng yg sedap dan menjadik kegemaran aku....sejak 2 tahun lepas..hehe...tapi takdelah order kuew teow everytime makan kat situ....mee goreng taknak sayur, tak nak taugeh siap2 aku pesan, kalau tak...karang bising mulut minah tu tanak mkn...asben order rojak buah, tauhu bakar ngan mee kari (uih...lapor sungguh laki ku)..hehe...and for me? since dah mcm2 order tu, aku pau yg dorang punya jerlah....makan...makan..makan....sampai abes, baru nak pi beli air...asben nak mineral water, situ tadak jual...kakak, seperti biasalah...air PINK dia...sirap bandung ler..

Kat food court MJ dalam 2-3 minggu lepas, aku ada ternampak sorang pak cik neh, dia beli sejenis air....nampak menarik..air tu ada 3 lapis, layer paling bwh kaler coklat gelap, lapisan tengah kaler krim (susu cair or susu pekat manis i guess...), layer paling atas is something brown tea-like colour....pastu ketulan ais....tengok macam teh pun ada, macam kopi pun ada....hmmm...apa yg pasti nampak sgt menariks....

Sampai tempat air, aku nampak bunting ni....

(Bukan gambar di lokasi sebenar...gambar ni diceduk dari organicsamm.com, search kat google)

yesss...nak try....aku order sirap bandung 1 utk kakak...pastu aku tya kt budak jual air tu..."Dik, air tu ada tak...?" sambil tunjuk ke bunting tu...ada.." Authentic 1....." dia oda kat kawan dia....nilah air tu....maybe org lain dah biasa minum air ni, aku yg ketinggalan zaman kot, tu yg jakun sket...sampai2 kat meja, laju jer tgn asben ngan kakak nak tolong kacau, haip...! ambik gambo dulu....

okay baru kacau..kacau..kacau..kacau....srupppp....sedut ikut turn yer bertiga beranak....aduhhhh......sedapppppppppppp.....rasa mcm cendol pun ada...mmg sedap giler....

kakak kata..."Ni air kakak..air pink ni air mama..." hah..dah agak dah....kalau yg mama order mesti best...

last2....air pink tu bawak ler take away merata...nasib baik dlm paper cup dan aku dah mintak tutup...tanak beli lagi satu sebab perut dah kenyang, dgn ais nyer..errr...kena kurangkan ler...musim batuk ni

next time harus beli lagi kalau jumpa kat memana...oh Authentic 3 layer tea!

Monday, June 22, 2009

Pengumuman Hari Bapa (????)

Hahaha...pengumuman ni aku cedok dari blog Ms. Lilies..katanya hubby dia yang bagi....Kelakar jer..sapalah yang reka ni?

Semua bapa layak tuntut rebet dari isteri anda bermula jam 10.00 malam ini. Kepada bapa yg memiliki isteri berusia 18-29 tahun boleh tuntut 3x..... 30-45 tahun 2x..... 45 tahun ke atas 1x dan MENOPAUSE tidak layak menuntut! Pandai2la Bapa2 membawa diri.

"SELAMAT HARI BAPA"

Semalam celebrate hari bapa, dengan membelanja asben makan char kuew teow yang lazat and satay....makan kat TTDI Jaya.

P/S: sorry, pengumuman ni dah belated....

Friday, June 19, 2009

Lerrr...baru ku perasan

heheh....dok baca blog mama_anggun yang menjawab tag kak baiduri...ish...selalu nama aku pun mesti naik ni kalau tag di kalangan kawan2 tegar neh...cek balik blog kak baiduri, mmg sah...sorry yer kak..lambat ler..aritu kita tekan2 kat posting akak tu, tak keluar2, lama2 dah lupa...

1. Apa Perasaan Anda Sekarang?
Kenyang, alhamdulillah...(baru lepas makan masakan sendiri)

2. Saya nak makan...
Satay kajang

3. Saya tak suka...

Semua benda yang tak best (kalau nak list kan panjang sangat)

4. Impian saya?
Impian jangka pendek : nak kurus, nak dpt lesen dan nak beli rumah sebijik
Impian jangka panjang : terus kekal bahagia sekeluarga dan bertambah bilangan ahli keluarga (hehe....bukan beranak jer tau, bermenantu, bercucu, kira sekali lah semua tu)



5. Haiwan yang saya tak suka?
Ulat gonggok....tolongggg....jauhkan mereka dari sayaaaaaa.......(err..itu kira haiwan ke serangga??hantam sajalah labu...)


6. Saya harapkan...
Kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga berkekalan..Amiinn.. (copy yang kak baiduri punya, sbb idea sama..ubah word akhir tu jer....ngeh..ngeh...)


7. Jika boleh diputarkan masa?
Saya nak pegi melancong ke luar negara sebelum ada komitmen lain...


8. Saya pada 10 tahun akan datang?
Ermm...masa tu lagi 5 tahun nak berhenti kerja dah...asben dah suruh...jaga anak2..

9. Handphone saya adalah...

Nokia Xpress Music 5800 (hadiah annibersary ke-5)

10. Saya pernah bercinta sebanyak?

Kalau bercinta officially declared (declare sesama pasangan jer lah), 2 kali, officially declared depan tok kadi is the 2nd one tulah....

kalau jatuh cinta lebihlah dari tu kot...haha...suka SS..orang tatau kita suka dia, kita kan pemalu...jadik stalker jerlah, tengok2 intai2 dari kejauhan...wahaha...



11. Saya suka pada...
situasi yang membuatkan saya rasa selamat, teratur dan sejahtera


12. Kawan-kawan saya...
best dengan perangai yang macam2....


13. Pernah dikhianati?
errmm....takde kot setakat ni, kalau ada pun maybe tak perasan telah dikhianati


14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap org yang mengkhianati:
cishhhh...pengkhianattttt...!!! akan ku forgive but not to forget..memang perangai dah gini..mudah memaafkan tapi tidak bisa melupakan (maybe utk dijadikan pengajaran) dan akan lebih berhati2 kalau masih nak berhubung dengan pengkhianat itu...


15.Senaraikan 5 orang untuk di Tag:
takyah lah kot...sebab den lambat sgt menjawab...dah basi


Wednesday, June 17, 2009

E-mel untuk boss....

Adehh....payah gak nak ngarang emel untuk issue semalam tu...dari semalam dok merangka ayat dalam kepala...akhirnya tadi..jam 10.27am aku send emel ni pada big boss, small boss....cc pada admin and my ex-boss Puan N. Hopefully ayat2 emel ni takde yang menyakitkan hati mana-mana pihak.

Nilah emel nyer kalau rajin u all nak baca..hehe

Assalamualaikum wbt dan salam hormat,

Y. Brs. Dr/Tuan,

Apa khabar Dr./tuan? Diharapkan Dr./tuan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Untuk makluman Y. Brs. Dr./tuan, CC telah menelefon saya dua hari yang lepas dan memaklumkan tentang cadangan untuk pool kan saya berikutan cuti tanpa gaji. Untuk itu, saya rasa itu adalah solution yang terbaik memandangkan kerja-kerja yang tertangguh harus dilaksanakan di samping kerja-kerja semasa yang pastinya semakin bertambah.

Saya juga ingin memohon maaf kerana memohon penangguhan cuti tanpa gaji sehingga September. Ini adalah disebabkan beberapa perkara peribadi yang membuatkan saya terpaksa menambah cuti tersebut, kalau diikutkan perancangan asal, memang bulan Julai saya akan masuk kerja semula tetapi, itulah, bila perancangan sedikit drag, saya terpaksa mencari option, dan option yang terbaik setelah diteliti ialah menangguhkan lagi cuti.

Semasa mendapat panggilan daripada CC, saya tidak dapat berbincang dengan details sebab anak kecil menangis pula masa tu. Namun, saya menghubungi Puan N****** dan memaklumkan kepada Puan N
******.

Saya tidak akan cuba pertahankan post saya sedia ada kerana bagi saya itu satu tindakan yang mementingkan diri. Pastinya terlalu banyak perancangan yang ada dan perlu dilaksanakan. Bagi saya, pool itulah solution terbaik dalam memastikan segala perancangan Program Perkhidmatan Aplikasi khususnya dan IMATEC secara keseluruhannya dapat diteruskan dengan lancar.

Selain itu, saya sedia untuk di pool bukan dengan niat untuk berdegil dengan keputusan saya tetapi saya betul-betul perlukan cuti ini .

Adalah diharapkan solution pool ini dapat mewujudkan win win situation kepada semua pihak dan saya memohon maaf sekali lagi kerana telah membebankan banyak pihak. Sekiranyalah saya tahu pool merupakan option yang boleh dibuat bagi mengelakkan segala penangguhan tugasan sebagai implikasi cuti tanpa gaji ini, mungkin saya akan cadangkan pool sedari awal lagi . Bagi saya, apa yang paling penting ialah memastikan kelancaran semua tugasan dan perancangan organisasi.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Y. Brs. Dr. diatas budi bicara dengan merisik dahulu dengan pihak saya berkaitan cadangan untuk pool itu.

Sekian, terima kasih.


Ok ke? Tolong komen....Mekasihhhh....

(tak expect lak boss2 sayang akan diriku..hukhuk...terharu laks...)