Monday, October 12, 2009

Back 2 Work


Last week, 1 Oct dgn rasminya sudah habis cuti tanpa gaji aku...maka bermulalah semula kehidupan sebagai wanita bekerjaya..huhu...series beb...penat giler...ni tgh adjust lagi time zone aku...yelah dah 7 bulan ikut time table sendiri kan....skang back to time table yang melibatkan org lain plak...


Pagi pukul 7am aku bertolak dari rumah..am driving now, hoccay...hehe...awal2 dulu sgt kecut perut tgk lori2, treler2 dan motor2 yg mencilok...la ni...better lah kot, dah pandai sikit dari masa awal2 dulu...


Budak2 babah dorang antor, mama nanti mesti tak sempat...
first few days tu aku ikut Jalan Du*a, pastu kawan opis segest lalu kot Damansara, lagi dekat...katanya before 7:30am kalau sampai situ, still oklah....so, haritu aku sampai kat exit tu 7:26am....bolehlah kot...sku pun masuk tol Damansara....huhuh...tu diaaa....dari 6-7 lane tol tu, dkt depan tu jadik dua lane...aku guna lorong tunai kat kiri...aku ikut jer montot kete depan aku...zas....zas....masuk2...dapatlah masuk lane kanan....fuh..lane kanan tu, padahal bawak mcm penyu kan...sib baik jem, jadik..ko lesen apa pun, bukan leh laju pun.....rupa2nya, kalau kat tol damansara tu, org yg guna smart tag n touch and go akan dihimpit oleh org2 yang bayor tunai...so, walaupun asalnya mereka mmg kat lane kanan, end up, dorang akan suffer dgn asakan kereta dari belah kiri....so, skang..pegi dan balik aku lalu Damansara...ok sesgt...tol cheaper and jalan is almost half lagi dekat compared to aku lalu Jln Duta...

Balik kerja, tak lebih dari 5.05 pm..hehhe...aku antara org terawallah swipe kad...tak kisahler..aku kan masih pemandu amatur bangat..so kena awal to avoid jem yang menyebabkan orang lebih agressive...adalah sekali tu sebab meeting, aku balik 5:30, tp nasib baik jalan not bad masa tu, still boleh ampunlah..


Malam....huhu...since kerja rasanya dah tak tgk tv belah malam, sebab? balik2 rumah, si kimi mesti nak 'bergayut' kat aku...haruslah sebab kat nursery kan kena paksa isap botol or pakai sudu...so balik rumah dia 'balas dendam' arrr...aku takleh nak buat keje lain, nak masak pun dia meraung bila aku letak dlm walker dia...mmg dia tanak letak...


mandi, semayang pun tergesa2 jer aku....pastu lepas isya' jer terus landing, sumbat anak aku...pastu sama2 ngan mamanyer...zzzzz...sampai pagi.....then rutin bermula lagi seperti semalam....bangun kul 5:45 am.....

Dari rabu aritu aku tak dan basuh baju, so aku plan nak membasuh lah weekend tapi sabtu tadak kat rumah, so semalam, pulu, tapi tak hbs gak sebakul lagi baju kotor..huhu..laki ku kata baju2 dia nak antor dobi....am adjusting now with the 'kesibukan' handling the house and at work...i need some time...arghh...need a little time to laid my back lorrr....huhu.....tulah...sapa suruh cuti lama sgt kan? taking my own sweet time masa bercuti aritu, nak cuti lagi bolehhhh....????? hahaha

Saturday, October 3, 2009

Part II: Aidilfitri 2009:Cheras- Kuala Selangor-Klang-Batu Pahat-Pontian-Seremban

Lama betul hutang aku kat sini weii..lupa dah nak karang ayat camne...huhu, layan jerlah gambo2 ni kalau korang rajin hek...



Gambar kat rumah kazen kat KD..





Sebelum kita memulakan perjalanan balik kampung, kita bertafakur dulu....



Mana tak keletihan, malam tadik, dari lepas beraya, balik Kuala Selangor, then balik ke Rantau Panjang, pehtu bantai tgk bola lak sebelum melelapkan mata...aku dah lama beradu.....kita close-up sikit, tgk laki ku buek apo......





Hehe...tunjuk langit ke, bang? nak dpt petunjuk tu sebelum memulakan perjalanan jauh.



Perjalanan ke BP...hohohoooo..balik kampuuuunggggg....





Jemputan D.O Pontian...pak cik haku..ber BBQ, lepas maghrib kami bertolak dari BP..jauh gak pontian ek....



Mak cik2 yang dah lamaaaaaa idak ketemu..





Makanan bugis, rupa mcm lontong org jawa tapi dikukus 8 jam, dibungkus dlm daun pisang, empat segi, kecik2, then diikat banyak2, bungkus sekali lagi dalam daun yang lebih besar...nama? den lupo...laki ku org pertama try makan....huhu,sedap sangat ke bang? tak toleh kiri kanan...mak mertua kat sebelah tu...

Lepak2 kat rumah pak long....destinasi berikutnya, nak ziarah kubur arwah tok bak and tok mak....

Balik Batu Pahat, musti singgah mamam beriani gam beb...before balik KL, singgah kat Peserai (aku baru first jejak sini..lama sungguh tak balik kampung...) tapi malangnyer, semua nasik beriani dr gerai2 recommended by mak long and pak long udah kehabisan..kami terpaksa makan kat gerai paling tak sedap..hehe..hantam sajalah labu...

Gambar2 ni pulak, masa singgah kat R&R masa on the way pergi...si pichah mesti menggelupur nak main, bila nampak playground...



sapa kata pakai ayu cenggini bergaun bagai takleh panjat2..hehe..hilang keayuannya..

Adik duk dendiam ngan aki yer....itupun dok gedik2 dia ngangkat badan nak g main sama...

Masa ni kelakar, pichah nak main mainan lain tapi semua dah penuh...dia pun naiklah jongkang jongkit ni..masa memula dia naik sorang jer, aku suh dia lompat2 supaya benda tu bergerak, aku nak naik sebelah satu lagi takut terpelanting lak anak aku tu nanti..haha...
Pastu mai lah 'kakak' 'comel' ni..bulattttt jer orangnyer....heheh.....dia naik...terlantun ler si pichah, tergelak aku nengok...pastu mai lak brother dia yang almost the same size...lagi terjongkit....si pichah dah ke atas jer...takleh nak lantun balik....wakakak...pastu dibantainyer dua beradik tu enjut2....terlompat2 si pichah, pastu dia terjun turun...haha..sakit bo*tot dia melantun gitu...




Balik dari BP, singgah rumah aimi, adik aku yang no5 tu...dia duk kuarters....besorrrr.....

Aidilfitri 2009:Cheras- Kuala Selangor-Klang-Batu Pahat-Pontian-Seremban


Waaaahhh...baru berkesempatan nak hapdate blog aku neh, dah berhabuk, bersawang...dan dah nak basi citer raya (nasib baik raya sebulan...)

Tahun ni raya aku rasa seronok sbb berpeluang keluar dari daerah jajahan biasa perayaan kitaorg sekeluarga...yelah, biasanya tak keluar selangor dan kl ni kalau raya, ater...laki org klang..mak kita lak duk cheras..salah siapa??? kalaupun dpt beraya keluar dari kawasan, is ke paroi kami tuju, rumah mak ngah, itupun jarang gak...kadang dia tadak kt rumah, kadang kami tak berkesempatan...tahun ni, mak ngah g umrah, so buat masa ni belum buat rombongan ke rumah dia..
Semua adik beradik aku berkumpul kat rumah mak tahun ni on first day raya kecuali, aimi,adik no 5 tu, dia balik kg laki dia kat pasoh...kakak ngan abang aku yang bermentuakan ore kelate dua2 tahun ni tak balik kelate..

Ok, citer raya....

Sehari sebelum raya
Date: 19 Sept 2009
Journey: Putra Heights - Cheras
Muka ceria beb...yelah..balik raya kampung ai.....
Kereta kembar..hmm..asben ngan adik aku tak main soping baju raya tahun ni, depa soping kete raya..pergh...sebab tu baju raya pakai stok tahun lepas..gasakler..huh...(bernada dengki...)
Kuih mak berbalang2..adalah dua atau empat belas balang..sila serbu raya rumah mak saya yer...heheh...ada yang adik2 buat, adik2 belikan..dan ada gak sebalang dua yang aku buatkan..sila highlight di situ.....
Nasi himpit dah ready..oh yer..tahun ni org mesjid akan berbodong2 mai malam raya utk bertakbir..ni kali pertama..kalau sebelum ni lepas semayang raya baru dorang beraya keliling kampung..so menu malam raya..lontong...rendang...
Tangan adik ku, anor..tgh memotong terung....barang2 mentah nak lambukkan dalam kuah lontong..adik aku yang ni ler chef de mission utk kuih raya, tetiap tahun...


Hari raya pertama
Tarikh: 20 Sept 2009
Location: Cheras, TTDI & KD

Posing sebelum ke masjid
Posing dgn kuih raya
Aummmm..rimau kecik...
Orang yang last siap, as usual..mama lah kan...dah siap2 kan asben ngan anak2 baru turn den lak kan....interprame sket....
Mama ngan anak2..
Babah n the son..
My precious..
Jommm rayaaaa...
Destinasi: TTDI & Ampang
kita serbu rumah pak andak, enda dan pak cu....
Later dpt tau Enda di KD, umah anaknyer Abg Rudy, gerak ke KD lepas TTDI, Pak cu pulak balik Batu Pahat, so tak jadi ke Ampang...kena plan rombongan lain ke situ nnt...

Baby fair..
babies yang kepenatan beraya..



Cerita seterusnya akan ku sambung nanti yer..nak masak breakfast dulu...


P/S: Dalam kemeriahan raya, ada juga yang kehilangan...takziah to my best buddy..mimi n jon atas kehilangan ahli keluarga....al-fatihah for them...

Wednesday, September 16, 2009

Sedihnyer aku baca neh...

Ada tak korang baca kisah ni dlm paper metro today? sedihnyer aku baca...aku terbayang sekali...itu yg buat hati aku lagi tersentuh, janganlah aku jadik anak derhaka macam ni, nauzubillah....sedihhhhhhhh.....hargailah ibu bapa kita.

Ni copy kat metro..paragraphing may differ frm the original...

Buang ibu di Aidilfitri
Oleh Mary Victoria Dass maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.


Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.


“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya. (part ni...bayangkan seorang ibu tua packing baju guna kain batik..sebab..takde bag pakaian...sedihnyerrrrr)

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan. (bayangkan pulak termengah2nyer ibu tua tu berlari sambil menjerit2 panggil anak dia....sangat sedihhhhhhhhhh)

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

sambungan...

uiks...rasa mcm dah basi lak nk cerita pasal soping kt pkns aritu, dah hilang ghairah...ops...ermm..hasil rembatan ialah 2 pasang baju kurung utk my princess, sepasang baju melayu n 3 set bj tidur utk lil kimi, sepasang kurung cotton utk aku, ngan 2 lai kain pelikat utk asben...hmm..itu jerlah...plan asal nak belilah 3 pasang utk anak dara aku tu, tapi tak dpt gak bila dia mula buat perangai..nk beli kerepek pun cancel bila dia yg seberat 20.5 kg mintak pak njang nyer dukung, harus pengsan mamat tuh...

sekian saja laporan kali ini, si mkimi duk melalak ataih riba....next mission (fuh, mcm sempat lagi jer, nk carik chair pad ngan alas meja...kalau dapatler....) and oh ya...ride baru dah dpt...hehe