Sunday, May 7, 2017

Aku, kereta dan bengkel Part 1

Bila kereta meragam,  susah hidup dibuatnya kan? Nak-nak bagi ladies,  kalau tatau punca tetiba kete mati tgh jalan,  takleh start, etc.. Cuak jugak dibuatnya.

Servis kete mmg biasa antar sendiri.. Kalau rosak sikit2 yang tau kat mana rosaknya pun biasa g sendiri jer.

Aku rasa ramai kalangan kengkawan pompuan tak suka dok bengkel kete.  Tapi aku suka.. Best apa lepak bengkel sekali sekala.. Sebab?

Bengkel kete selalunya panas,  kotor dengan minyak itam sana sini,  bau minyak yang kuat,  bau tayar,  berabuk...

So,  these are my suggestions to those yang nak cuba ke bengkel bawak kereta yang rosak sendiri tanpa bantuan suami,  adik beradik,  bapak,  boyfriend dan sebagainya... kalau dorang nak tolong mmg pucuk dicita ulam mendatang,  serah aja kunci kereta,  tapi ni untuk kes2 yang mana masa tu semua orang tak dapat nak nolong.

Tanya2 dulu orang lain yg biasa tau psl kete ni esp guys.  Bgtau apa simptom penyakit kete tu. Cth,  ada bunyik datang dr enjin ke,  takleh start ke,  lampu signal berkelip laju ke.. Basically they will feed some info related. Cuba fahamkan apa yg dorang bgtau.

Boleh jgk dptkan info bengkel mana yang ok.  Biasanya,  bengkel owned by chinese,  kita bgtau kawan/family rekemen,  so biasanya dorang akan buat elok2 dan tak tipu dari segi harga atau barang yang nak ditukar tu.

Bila dah g bengkel,  bgtau pada mekanik apa masalah kete.  Then dia akan tengok.  Then,  dia akan bgtau diagnosis dia.  Bla.. Bla.. Bla.. Kalau korang tanak dia tau korang tatau langsung pasal kete.  Cuba counter balik dengan info yang korang dah dapat dari kawan tadik.. Tengok apa dia jawab. Kalau rasa apa dia explain ok,  u always can call someone to double check atau verify. Kalau ok,  korang tanya harga anggaran.

Kalau korang rasa ragu2 dan mungkin ditipu.  Bgtau elok2 korang surver jer dulu nnt kalau nak korang datang balik (ini utk condition kete yang tak membahayakan yer,  dan kete boleh jalan).


Bengkel panas,  takleh duduk?  Kebanyakan bengkel skang ada tmpt menunggu yg beraircond walaupun bengkel kecik so kalau panas menunggu kat luar boleh masuk dalam bilik tu.

Boleh lepak kadang dorang provide wifi,  majalah kete.. Air..

Atau boleh sambil2 kete direpair korang duk sebelah mekanik dan tgk dia buat keje.  Boleh dpt ilmu baru..

Friday, April 21, 2017

Aku dan Kerja

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi Jumaat ni ada sedikit waktu untuk dicuri (ampunkan aku ya ALLAH sebab curi waktu keje) sementara nak tunggu meeting jam 10 pagi kang.

Bekerja kat hospital ni memang takde masa nak main-main, cabaran setiap hari, dengan masalah ekonomi, people, equipment, itu ini....kena hentam almost everyday...kena marah..kena maki...*Sigh..Buatkan aku banyak kali demotivated, really down dan diserang anxiety berkali-kali...pernah diserang panik attack masa pegi Low yatt (apa kaitan ngan keje)? huhu...walaupun berkerja di fasiliti perubatan, tapi aku bukan doktor, nurse atau penyedia perkhidmatan kesihatan yang direct dengan patient. Aku support internal clients yang seterusnya internal client tu berhubung direct dengan patient atau orang awam.

Bagi aku, internal client adalah lebih susah dikendalikan dari external client. Kenapa?

Bukan ke doktor yang kena maki dengan patient bila sistem down?
Bukan nurse ke kena marah bila pendaftaran klinik slow sebab komputer slow nak mati..?
Bukan MA kena carut dengan patient atau waris bila dorang terpaksa beratur dari awal pagi sampai lenguh kaki?
Yer..yer mmg betul..tapi..mereka tidak akan jumpa orang yang sama setiap hari. Aku akan ngadap orang yang sama setiap hari. Katakan dia maki aku 3 kali sehari, kalikan dengan sebulan...setahun...Lol...And it is sooooo not easy untuk pahamkan orang lain kerja-kerja IT ni.

Untuk orang macam aku yang bagi support, kena pastikan service up and running 24hrs. Talking about sistem hospital. Yes, it is critical....Dengan sistem yang dah lebih 10 tahun dengan peralatan PC yang sama umur dengan hospital, semua benda menyedihkan kat sini...seems so pathetic. Eh bebel plak...yelah, itu realiti yang aku kena hadap setiap hari...TAPI....yes, tapi apa? Apa yang aku buat untuk aku kurangkan rasa berat yang amat di atas batu gemala patik ini?

Aku ni, orang teknikal yang tak berjiwa teknikal. Aku minat art....so kalau orang tanya aku bab teknikal ni aku mmg out. Tapi, aku tak pernah jemu belajar walaupun susah untuk aku ingat atau apply. Bagi ajalah apa topik baru, ilmu baru, aku sangat2 berminat..sekurang2nya untuk knowledge sendiri jer.

Duduk dan kerja kat sini, aku start belajar macam2 benda teknikal which is good..kerja banyak, busy yang hamat..NO PROBLEM...tapi when it comes to people punya ATTITUDE, entahlah..menakutkan kerja kat sini...mengubah persepsi aku pada yang pakai white coat...Dealing with sooooooo many difficult user benar-benar mengajar aku, how to handle them, how to react to unnecessary stress, conduct issues, etc.
 
Ini just pengalaman peribadi aku...Melalui hari2 yang horror bila setiap hari pikir nak kerja kat sini. Sampai bila? Allahuakbar, yang mampu aku buat berdoa...kalau aku masih ditakdirkan untuk terus berada kat sini, maka tabahkanlah hati aku.

Permohonan tukar, DONE, selepas 3 kali usaha aku dalam tempoh dua tahun sua borang kat Ketua Jabatan..tapi status sekarang, menunggu dan menunggu, biasanya mana ada orang nak masuk keje sepital weii....February lepas marked my three years of service here, sedar tak sedar, dalam ups and downs (yang rasanya lagi banyak downs dari ups) semoga aku mengekalkan kewarasan aku... Peace! Dah...jom keje.





Friday, November 18, 2016

Aku & Puisi 3: Persepsi

Visualisasi bersulam persepsi mencarik
Illusi
Optimis berbait strategis merobek
Pesimis
Usahlah
 Polemik tanpa suara terbiar 'lantang'  tanpa ada Solusi
#mellythoughts
2038hrs

Aku & Puisi 2: Gesa Hati

Aku SUNYI dalam keramaian
DIAM dalam menggenggam amarah
Demi menyantuni erti INSANI
Sendiri aku SEPI menyulam kembali cariknya hati
Taaruf DIRI menyingkir KECEWA
Cubaan MENTAFSIR peri dan laku mereka
Mencanang MAKI bukan solusi
Kini aku
Cuba berpaut atas cebisan KUDRAT yang tinggal
Maka izinkan aku undur diri.

Aku & puisi 1 : Aku & Kamu

Apapun adanya aku..​Terkadang aku jua kosong
Perlu aku menggali jauh dalam hati untuk aku kenali sisi aku sendiri
Apapun adanya kamu..Terkadang kamu jua bisa terkeliru
Antara responsibiliti dan sensibiliti
Apapun adanya kita..​Terkadang kita sama-sama tak bisa melakar corak hidup semaunya kita
Apapun bedanya kita,  masih berharap.. Kamu lengkapi aku

Friday, June 5, 2015

Floria 2015

Floria 2015 kat putrajaya..tetiap tahun mmg jengah. Tahun ni tema Royal Garden..lily.
wow...suka lily...ambik cuti today nak bwk anak2 dgn anak buah bertuah aku si ayip ke floria. Tahun ni spesel sket sbb pirst time en suami ikut...hehe
 Panas berdengung dan bayaran masuk pun dah up sket...dewasa rm5, kekanak 7-12 thn rm1.




Leceh plak nak upload dr phone ni satu2...later aku upload gambo ek..banyak sgt ni nak share..hehe

Wednesday, June 3, 2015

Entry setahun sekali???

Assalamualaikum wbt dan salam sayang..
Blog ku yang lama bertapa...setahun sekali kot aku hapdate..ish...ish...nak log in pun dah lupa2 sket..teruk betul..

Anak-anak dah makin besar...aku pun dah makin tua...36 years this year...hoping for  great upcomings...

Since hujung bulan 2 tahun ni dah jadik Ketua Unit...first few weeks jadik Ketua Unit, ada yang tegur..muka nampak kurus..haha...muka jerlah kot...yang lelain sedia kembang...

Awal2 mmg berattttttt rasanya nak jadik Ketua...dahler aku mmg tak suka jadik ketua sebab rasa TUA...haha..Aku takde ciri2 pemimpin rasanya...prefer kerja dalam organisasi yang bukan bentuk hirarki...

Apapun, aku terima gak as part of cabaran in life. Tapi cara aku berbeza dengan boss yang sangat bagus sebelum ni..huhu...technical part aku mmg fail ler..ni terhegeh2 belajar.

Cara nak conduct org pun tgh develop lagi...

Aku berdoa Allah permudahkan..aminnn...

Friday, July 11, 2014

Keindahan ku...

17 Mac 2014 attend kursus QA kat opis...first kursus sejak masuk keje...kursus 3 hari...tugasan-kena prepare pasal kumpulan dan projek QA yang nak  buat (ala2 KIK). Masa kat opis dah rasa lain macam, terpikir2 dah sampai masa nak bersalin ni...dan debaran pun dah mula rasa. Lepas kursus habis kul 4 lebih balik opis prepare slides dengan perasaan bila2 masa nak beranak ni. Lepas tu sibuk tinggal pesan kat Sato Oreo ngan sorang lagi groupmate dan pesanan seolah2 malam ni den beranak yo. Date doktor HUKM bagi untuk dibersalinkan (eerrr...dibersalinkan? dipaksa bersalin) is on 23 Mac..kiranya kalau by that date, tak bersalin kalu kenalah paksa...huhu..risau....dapat date tu lepas first checkup kat HUKM. masa kimi dulu tak sempat checkup kat HUKM (setelah terpaksa pindah checkup dr PPUM ke HUKM sebab wad bersalin PPUM renovation plak). So adakah sejarah akan berulang? Tapi at least kali ni dapatlah checkup sekali. 

Balik petang mcm biasa 5.30pm. Boyot perut takyah cakaplah time tu..mengah jer memanjang...mmg walaupun opis tingkat 3 jer tp naik lif..even dr parking kat level 1 nak punch card kat level 2..gigih tunggu lif...Tapi petang tu lif lambat lak..ada 6 lif tapi tak turun ke level 2 untuk punch card..so sudahnya turun tangga ke level 2..lepas punch tunggu lif kat wing lain untuk ke parking tapi nak jadik cerita, lif tu pun lambat giler..so mak yong pun dengan perlahan2 menuruni tangga diiringi sorang officer sambil borak2 ngan dia...then balik umah, singgah beli makanan kat kedai tomyam sebab rasa nak makan kat kedai kat Putra Heights yang dah lama tak makan...balik umah dah masuk maghrib. Sampai umah..jeng...jeng...jeng....Nanti sambung.....

Sambungan: Berzaman baru nak sambung...berita yang sensasi dah jadik basi dan berkulat dah agaknya...hehe

Sampai rumah dah masuk maghrib...pi lah nak mandi..tengok2 ada blood stain...okkkkkk oooooo...itu dia tanda suda mari..previous experience ada sikit blood stain kalu..silalah ke hospital..baby dah nak menjengah ler tu....

Asben balik...tunggu dia makan dulu...pastu..."Abang..jom pegi hospital"...Asben tanya"Kenapa?" "Ada tanda...."

Lepas siapkan anak2 semua....zasss...drop dorang ke rumah mak. Pastu ke ED PPUKM...lama gak tunggu giliran...steps masih ingat lagi...lepas register..tunggu..nanti masuk bilik rawatan ECG jantung baby dulu...pastu baru dpt decision tolak labor room terus or warded dulu....

Walaupun dah kali ketiga debaran masih sama setiap kali nak bersalin..sebab setiap anak lain ragam masa mengandung..masa beranaknya kan...kan...Cuma resah kali ni lebih rasa bila memikirkan anak dua orang menunggu..nak2 si kimi yang manja...









Nazmee Hakimi - Keindahan/Bintang Yang Bijaksana

Dah 3 bulan lebih baby terbaru in da houz...hehe..mama ni sangat "rajin" nak upload...gambo dalam phone pun tak upload lagi...kemalasan berganda...beli baucer photobook..beli baucer print gambar..tapi semua belum redeem lagi...mood pun puasa agaknya...

Nazmee (baby ku itew) dah pandai gelak...hehe...ergh...malaslah nak taip..nantilah aku update ek...aci tak????huhu

Wednesday, March 5, 2014

Posting...posting

Ok..setelah 6 minggu bertapa di jpa (bertapalah sangat..padahal punch in punch out jer..)..akhirnya dapat ler posting....di hari aku merancang nak pi sogo, yang dah lama tak jengah tu...tetiba dapat call dr service untuk ambik surat posting...katanya dapat KKM..huhu...ramai ni geng kat KKM....ingatkan dapatler KKM kat pjaya tu, tapi rupanya dapat hospital serdang....hehe...saspens jugak sebabnya environment hospital..selama ni tak suka sebab bila pi hospital mind dah set 'bau' hospital...dan mula bayangkan kes2 emergency yang terpaksa ditengok nanti and worst of all...PARKING hazab giler beb...

Report duty kat KKM 25 Feb..hari gaji..masa dpt call pun so at that time tgh beli barang toiletries kat mydin, haha...terus mcm krem kejap sbb saspens kan nak dpt posting tu...tengahari b4 lunch pi kutip surat...pastu lepas lunch time, pi KKM lak...kat KKM discuss dulu ngan officer situ sebab dengan condition aku yang dah nak beranak ni tak ke nanti menggangu gugat business continuity IT hosp serdang...eceh....padahal one of the thing yang dirisaukan is parking space..kalau pegi keje..banyak keje...aku no hal...tapi bab parking aku takleh...stress lain mcm beb...

Lepas tu org KKM kata mmg kat hosp ni banyak keje...bukanlah nak takut2kan...tapi kena bincang ngan JPA dululah dia kata. aku dah bgtau sebelum ni kat JPA condition aku gak..so ingat kot dia leh hold sampai aku bersalin dulu. aku call lah yang jaga kat JPA tu...dia tak available..aku tinggal pesan dan mintak dia call back....pastu dalam masa yang sama..aku ke jpa gak pusing kot ada parking leh aku singgah jer bhg servis..tapi biasalah...parking situ...penuhhh...so aku pun balik umah....

aku pikir esok pepagi aku call dulu JPA maklumkan balik dan discuss caner...tapi since dah ber whatsapp ngan kak su ngan suzie yang juga warga KKM...hehe...akhirnya redha gaklah pagi esok terus jerlah ke KKM...aku rasa org servis tu pun malas nak layan sebab dia tak call back pun.

So 26 Feb pi balik KKM...report duty..lepas tu pi JKNS kat Shah Alam sebab hosp bawah Jabatan Kesihatan Negeri dan report duty gak kat sana...lepas tu....haaaa....dapat ler msg dr suzie yang menyatakan pegawai yang nak tukau ngan aku ni takut nak bgtau boss yang dia akan bertukar..so dia suh aku datang the next day untuk report duty kat hospital...masa tu dah dekat tghari..apa lagi....kawe terus ke sogo...haha....sibuk nak g sana sbb nak beli hadiah adik aku...sempena besday dia nak belikan handbag...so dalam malaysia ni heaven handbag bagi aku sogo lah sebab dari yang murah sampai yang mahal ada kan...heheh alasannnnn....

27 Feb aku pi lah hospital serdang lepas check up..ptg baru masuk opis...berpeluh2 gak berjalan dari parking...dan of coz panas...sampai admin dah report duty, g buat pas pekerja...pastu baru g unit IT...berkenalan  ngan boss..he seems ok...alhamdulillah...

Sepanjang duk sini suzie ler banyak tolong aku..mekasih jujie...jasamu ku kenang....nnt next post aku nak citer lak pasal parking....hehe

Friday, February 21, 2014

Kimi is 5...!!!

Date: 09022014

Location: Home sweet home

Birthday boy rekues chocolate fountain..jenuh gak mama carik...kiranya short notice gak dlm 2 weeks before..alhamdulillah dapat tunaikan...ajak dua2 belah family....jiran...few frens...tak dpt nak ajak ramai2 sbb takde sewa kanopi....menu pun simple jer...masak laksa...habis gak 6 kg laksa...alhamdulillah....thanks to eika adikku yg tolong kemas2 rumah..buat preparation utk.majlis...nak harapkan mak yong sorang pengsannn...









Tuesday, February 4, 2014

Bebelan pertama tahun 2014

Dah beralih tahun..lama nya aku tak jenguk sini. Sekarang ni masih di "kolam" sementara nak nunggu posting. Sambil membawa perut..la ni dah masuk minggu 32...huhu tak lama dah nak beranak kan...biasalah bila dah dekat2 gini barulah makin saspen. Kali ni mengandung awal2 mabuk teruk...flat...mood malas nak buat thesis..paling teruk takleh makan nasik..huhu...kan org melayu...bila tak makan nasik rasa derhaka jer..huhu..susu pun takleh nak telan sangat..boleh masuk susu kambing jer..embeekkkl

Study dah hbs..viva 20 jan aritu....syukur akhirnya selesai semua. Skang tgh tunggu hardbound jer..esok leh submit dah. Minggu ni dah masuk minggu ke3 di pool...khabarnya jabatan ni tgh bz dgn intake baru...takpelah kan relaks2 lah dulu..

almost setiap hari..pagi bekpes ngan org lain..lunch ngan orang lain..kelas kan..asik bertukar pasangan gitew...hehe...alhamdulillah ramai kawan2 membelanja mak yong ini..mekasih semua...

oklah..ni dok.lepak surau pagi tadi dah lepas library..rasa nak landing jer tp ramai plak org kat sini..sandar kat dinding jerlah...



Gambar pokok yg disnap tghari td masa tunggu kak dy..hehe


Thursday, August 22, 2013

Kakak is 8...

17 Ogos 2013







Friday, August 16, 2013

Riang Ria Aidilfitri 2013




 Tahun ni turn raya cheras dulu...raya ke2 balik klang...
 Raya ke3...tadaaaa....hadiahadiah hari raya. Dr sblm puasa mmg badan rasa tak sihat jer. Maduk puasa...lagi teruk..melepet jer..asik tido siang padahal time biasa jenuh nak suh diri sendiri tido..tak maunyer...tp test ms bulan puasa tu negatif lagi....dia tunggu raya gak nak bagi serprise kot.  Setakat ni tak mabuk cuma letih start lepas asar mula rasa nak demam.

Raya ke4 baru gunting rambut mamat ni
Bawak abah yang berhajat nak tgk jalan rawang ikut jalan lama....bawak sampai kuala selangor

Wednesday, April 3, 2013

Progress Sem 3

Dah masuk sem 3...plan untuk extend diteruskan rasanya, progress Dissertation setakat ni ok....cuma bab nak start collect data ada sedikit krisauan....target nak interview IT Managers semua kementerian..mampukah agaknya...? Target buat masa ni, finalizedkan soklan interview then start contact target groups....doakan yer...

Kawan2 yang seangkatan pun tgh struggle sama....

Wednesday, February 6, 2013

Jom jalan-jalan Melaka

Date 1 Feb 2013 - 2 Feb 2013






Friday, January 25, 2013

Transformasi....tadaaa...

Kalau nak pindah rumah baru, kalau boleh semua nak baru, baru best kan...tapi..sob sob...tak mampulah plak..so ukur2 baju di badan sendiri..ada benda2 lama atau sedia ada yang boleh transform jer...
Kerusi meja makan....totally buat sendiri....hehe...




Sofa, bench n throw cushions, beli kain, hantar kedai...tukar...