Sunday, May 7, 2017

Aku, kereta dan bengkel Part 1

Bila kereta meragam,  susah hidup dibuatnya kan? Nak-nak bagi ladies,  kalau tatau punca tetiba kete mati tgh jalan,  takleh start, etc.. Cuak jugak dibuatnya.

Servis kete mmg biasa antar sendiri.. Kalau rosak sikit2 yang tau kat mana rosaknya pun biasa g sendiri jer.

Aku rasa ramai kalangan kengkawan pompuan tak suka dok bengkel kete.  Tapi aku suka.. Best apa lepak bengkel sekali sekala.. Sebab?

Bengkel kete selalunya panas,  kotor dengan minyak itam sana sini,  bau minyak yang kuat,  bau tayar,  berabuk...

So,  these are my suggestions to those yang nak cuba ke bengkel bawak kereta yang rosak sendiri tanpa bantuan suami,  adik beradik,  bapak,  boyfriend dan sebagainya... kalau dorang nak tolong mmg pucuk dicita ulam mendatang,  serah aja kunci kereta,  tapi ni untuk kes2 yang mana masa tu semua orang tak dapat nak nolong.

Tanya2 dulu orang lain yg biasa tau psl kete ni esp guys.  Bgtau apa simptom penyakit kete tu. Cth,  ada bunyik datang dr enjin ke,  takleh start ke,  lampu signal berkelip laju ke.. Basically they will feed some info related. Cuba fahamkan apa yg dorang bgtau.

Boleh jgk dptkan info bengkel mana yang ok.  Biasanya,  bengkel owned by chinese,  kita bgtau kawan/family rekemen,  so biasanya dorang akan buat elok2 dan tak tipu dari segi harga atau barang yang nak ditukar tu.

Bila dah g bengkel,  bgtau pada mekanik apa masalah kete.  Then dia akan tengok.  Then,  dia akan bgtau diagnosis dia.  Bla.. Bla.. Bla.. Kalau korang tanak dia tau korang tatau langsung pasal kete.  Cuba counter balik dengan info yang korang dah dapat dari kawan tadik.. Tengok apa dia jawab. Kalau rasa apa dia explain ok,  u always can call someone to double check atau verify. Kalau ok,  korang tanya harga anggaran.

Kalau korang rasa ragu2 dan mungkin ditipu.  Bgtau elok2 korang surver jer dulu nnt kalau nak korang datang balik (ini utk condition kete yang tak membahayakan yer,  dan kete boleh jalan).


Bengkel panas,  takleh duduk?  Kebanyakan bengkel skang ada tmpt menunggu yg beraircond walaupun bengkel kecik so kalau panas menunggu kat luar boleh masuk dalam bilik tu.

Boleh lepak kadang dorang provide wifi,  majalah kete.. Air..

Atau boleh sambil2 kete direpair korang duk sebelah mekanik dan tgk dia buat keje.  Boleh dpt ilmu baru..

Friday, April 21, 2017

Aku dan Kerja

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi Jumaat ni ada sedikit waktu untuk dicuri (ampunkan aku ya ALLAH sebab curi waktu keje) sementara nak tunggu meeting jam 10 pagi kang.

Bekerja kat hospital ni memang takde masa nak main-main, cabaran setiap hari, dengan masalah ekonomi, people, equipment, itu ini....kena hentam almost everyday...kena marah..kena maki...*Sigh..Buatkan aku banyak kali demotivated, really down dan diserang anxiety berkali-kali...pernah diserang panik attack masa pegi Low yatt (apa kaitan ngan keje)? huhu...walaupun berkerja di fasiliti perubatan, tapi aku bukan doktor, nurse atau penyedia perkhidmatan kesihatan yang direct dengan patient. Aku support internal clients yang seterusnya internal client tu berhubung direct dengan patient atau orang awam.

Bagi aku, internal client adalah lebih susah dikendalikan dari external client. Kenapa?

Bukan ke doktor yang kena maki dengan patient bila sistem down?
Bukan nurse ke kena marah bila pendaftaran klinik slow sebab komputer slow nak mati..?
Bukan MA kena carut dengan patient atau waris bila dorang terpaksa beratur dari awal pagi sampai lenguh kaki?
Yer..yer mmg betul..tapi..mereka tidak akan jumpa orang yang sama setiap hari. Aku akan ngadap orang yang sama setiap hari. Katakan dia maki aku 3 kali sehari, kalikan dengan sebulan...setahun...Lol...And it is sooooo not easy untuk pahamkan orang lain kerja-kerja IT ni.

Untuk orang macam aku yang bagi support, kena pastikan service up and running 24hrs. Talking about sistem hospital. Yes, it is critical....Dengan sistem yang dah lebih 10 tahun dengan peralatan PC yang sama umur dengan hospital, semua benda menyedihkan kat sini...seems so pathetic. Eh bebel plak...yelah, itu realiti yang aku kena hadap setiap hari...TAPI....yes, tapi apa? Apa yang aku buat untuk aku kurangkan rasa berat yang amat di atas batu gemala patik ini?

Aku ni, orang teknikal yang tak berjiwa teknikal. Aku minat art....so kalau orang tanya aku bab teknikal ni aku mmg out. Tapi, aku tak pernah jemu belajar walaupun susah untuk aku ingat atau apply. Bagi ajalah apa topik baru, ilmu baru, aku sangat2 berminat..sekurang2nya untuk knowledge sendiri jer.

Duduk dan kerja kat sini, aku start belajar macam2 benda teknikal which is good..kerja banyak, busy yang hamat..NO PROBLEM...tapi when it comes to people punya ATTITUDE, entahlah..menakutkan kerja kat sini...mengubah persepsi aku pada yang pakai white coat...Dealing with sooooooo many difficult user benar-benar mengajar aku, how to handle them, how to react to unnecessary stress, conduct issues, etc.
 
Ini just pengalaman peribadi aku...Melalui hari2 yang horror bila setiap hari pikir nak kerja kat sini. Sampai bila? Allahuakbar, yang mampu aku buat berdoa...kalau aku masih ditakdirkan untuk terus berada kat sini, maka tabahkanlah hati aku.

Permohonan tukar, DONE, selepas 3 kali usaha aku dalam tempoh dua tahun sua borang kat Ketua Jabatan..tapi status sekarang, menunggu dan menunggu, biasanya mana ada orang nak masuk keje sepital weii....February lepas marked my three years of service here, sedar tak sedar, dalam ups and downs (yang rasanya lagi banyak downs dari ups) semoga aku mengekalkan kewarasan aku... Peace! Dah...jom keje.





Friday, November 18, 2016

Aku & Puisi 3: Persepsi

Visualisasi bersulam persepsi mencarik
Illusi
Optimis berbait strategis merobek
Pesimis
Usahlah
 Polemik tanpa suara terbiar 'lantang'  tanpa ada Solusi
#mellythoughts
2038hrs

Aku & Puisi 2: Gesa Hati

Aku SUNYI dalam keramaian
DIAM dalam menggenggam amarah
Demi menyantuni erti INSANI
Sendiri aku SEPI menyulam kembali cariknya hati
Taaruf DIRI menyingkir KECEWA
Cubaan MENTAFSIR peri dan laku mereka
Mencanang MAKI bukan solusi
Kini aku
Cuba berpaut atas cebisan KUDRAT yang tinggal
Maka izinkan aku undur diri.

Aku & puisi 1 : Aku & Kamu

Apapun adanya aku..​Terkadang aku jua kosong
Perlu aku menggali jauh dalam hati untuk aku kenali sisi aku sendiri
Apapun adanya kamu..Terkadang kamu jua bisa terkeliru
Antara responsibiliti dan sensibiliti
Apapun adanya kita..​Terkadang kita sama-sama tak bisa melakar corak hidup semaunya kita
Apapun bedanya kita,  masih berharap.. Kamu lengkapi aku