Friday, March 25, 2011

SILA....

sila JANGAN jadi bos kalau tak reti nak buat kerja yang sepatutnya jadik tanggungjawab kau...
sila JANGAN jadi bos kalau meeting-meeting ngan pihak atasan ko wakilkan kat anak2 buah...
sila JANGAN jadi bos kalau tak bersedia nak menjawab soalan orang pasal kerja ko...
sila JANGAN jadi bos kalau nak mai opis, pum pang pum pang marah anak buah pasal disiplin, punch card, lewat masuk opis bagai tapi kau yang monteng memanjang...
sila JANGAN jadi bos kalau asyik nak makan gaji buta...
SILAKAN BERAMBUS....

sedap tak sajak aku?

Mode: stress tahap GABAN, tahap OTROMEN dan tahap POWER RANGERS...

Terima kasih kerana sudi membaca..PEACE NO WAR

Wednesday, March 16, 2011

Hot Air Balloon Fiesta Datang lagi....(intonasi mcm iklan Tora datang lagi....)

Esok ngan lusa ambik cuti, nak tgk menatang ni...


Gambar stok tahun lepas.
belek-belek info kat http://www.myballoonfiesta.com, ada tambahan bentuk belon lagi tahun ni...

tengahari ni nak ambik si ayip, esok dah janji nak bawak dia, ambik today, bolehlah dia bermalam kat umah aku...esok nak bawak mak g sepital serdang, cek mata..hmm...lepas tu nak bawak mak jalan mana ek...hmm..pikir..pikir....

Kemensah waterfall

Sebelum ni tak pernah dengor pun ada waterfall kat area zoo negara tu, 3 minggu lepas pi sana...orait gak...dgn frenz asben and families...layan steamboat...yang tak berapa best, hujan, siap dgn thunder tu yang mengerikan...aku kena petir tu sekali..melompat aku,kimi ngan pichah, serentak menjerit, aku duk tepi pinggir air, tunggu pichah berendam, aku dah kabor...kat asben ngan pichah, thunder...dorang buat derk jer...kebas tangan kiri aku, mujur tak severe...kalau idak...innalillah dah.....huhu...

sewa pondok seketul, rm30, bolehlah bersalin baju dalam tu...and solat...

Friday, March 11, 2011

Bengkel ISP @ Cyberview Lodge

Semalam, jadik emcee untuk Bengkel ISP kementerian...

Injured..AGAIN

Adess...dua malam lepas,9hb Mac, semua orang sibuk nak tido, kul 10pm, si kimi bedebek, jatuh kat bucu katil, berdarah hidung, banyak....bibir pun luka...bengkak..terus bawak gi klinik...dah ler baru sebulan lepas berjahit tangan..

masa asben angkat dan cakap "Berdarah lagi...." Adess...aku dah tekup muka, ngeri tgn dia terjepit tu tak ilang lagi.....kakak pun nangis nengok adik...

muka dah mcm budak kena dera ni ha....

Tuesday, March 8, 2011

Kacut seport

Pagi-pagi setiap hari nak gi skool..mesti adik sibuk gak pilih kasut, macam mama..macam kakak...kasut adik tak banyak pun, tapi dia selalu kata " Adik nak pakai kacut seport.." haha...kasut sport....adalah seketui kasut adidas celup ni ha...dia sangat suka pakai, mama yang malas nak pakaikan, mama rajin beli jer.sebab kena sarungkan, mujur gak dia tak mintak"Nak tokin....ane tokin adik?" Haaa...kalau dia dah nak pakai tokin (stokin) jenuh mama kena lari balik ke bilik atas, carik stokin...so kalau dia mintak nak pakai kacut seport jer, ok lagilah...hari khamis dia akan mintaklah stokin sbb kakak pakai kasut sport utk senaman kat skool...
Masuk kete...."Mama, nak incaalah..."(Insyaallah maher zain yer..) atau.."Nak lagu bapak hapiz"....hehe..lagu awan nano, hafiz Af tulah..dia suka tgk video clip tu, dia paling ingat part bapak hapiz gaduh ngan hapiz....adik...adik...

Bila mama tanya, "Nak adik lain tak..nak baby..? jawabnya.."Tanak, adiklah baby..."
"Heeee...dah besar dah, jadik abanglah..." dia mesti jawab "Takyahlahhhh.."

Wednesday, March 2, 2011

Birthday Treats January - March 2011

Date: 26 Feb 2011
Day: Saturday
Location: BBQ Chicken Kajang Outlet
Menu:  3 sets of Chicken Combo Jumbo
            Chocolate Ice Cream Cake (Baker's Cottage)















Tuesday, March 1, 2011

Saman oh saman...

Korang dah bayar saman? saman atas nama aku kena sampai RM 800, tak semua saman akan dapat diskaun, padahal masa tu aku belum berlesen pun lagi...hmm..itulah akibatnya kalau sewa kan kereta pada orang yang tak reti bersyukur dan buat rete macam bapak dia yang bayar, walaupun dia bayar sewa, kenalah pikir, kete tu hak orang lain kan..yang rabak poket is asben akulah, dia tolong bayar dulu, aku dok suh push member dia tu, tapi till dah last minute ni pun tadak action, bila asben call semedang jer tak angkat phone...hmm..kawan makan kawan kah????

Semalam, dgr kat radio..ada sms, sorang pompuan ni kena 37 saman, kebanyakannya sebab kesalahan parking kat KLIA, tapi yang buat salah tu semuanya asben dia dan yang lawak kereta atas nama dia (lawak utk kita tapi menyakitkan hati pompuan tu), laki dia siap buat joke kat anak dia "Nanti...bila mummy masuk penjara, kita lawat mummy every week yer.." Erghhhhhh, kalau aku jadik binik dia tu, aku confirm lari merajuk...menangis meraung, sakit ler hati.....dahler duit akan terbang ribu riban...

Dan dgr gak khabarnya semalam, yang merupakan hari terakhir bayar saman (dah 6 bulan polis kasik offer tu...nak gak bayar last minute..), system tetiba down..haru biru jadiknya, so sampailah tengah malam orang beratur nak bayar saman....